Ambil Bayaran Tapi Barang Lesap, Nama Dropship Busuk-“Saya Sampai Terpaksa Bergadai..”

Gara-gara rakus mengejar keuntungan, seorang wanita berputih mata rugi lebih RM39,000 akibat diperdaya pembekal emas. Pengadu berkenaan, Fatin Nabilah, 26, mendedahkan dia awalnya telah ditawar menjadi ‘dropship‘ jualan emas secara atas talian di bawah satu syarikat berdaftar.

Dakwanya, pembekal terbabit turut menjanjikan tempahan emas akan diterima dalam tempoh masa dua hingga tiga bulan selepas selesai pembayaran.

Sejak tahun 2018, saya sudah membuat pembelian emas bagi pihak pelanggan dalam skala kecil dan tiada masalah berurusan dengan pembekal berkenaan yang mana setiap barang yang ditempah akan dipenuhi dalam tempoh yang dijanjikan.

Tetapi dalam urusan jual beli pada penghujung tahun lalu yang babitkan jumlah pembelian yang besar, barang kemas pelanggan yang dijanjikan gagal diterima. Dari Ogos 2020 sehingga kini, sebanyak 40 lock pelanggan saya telah selesai membuat pembayaran.

PENGADU, 2022
Gambar Sekadar Hiasan

Disebabkan kegagalan pihak pembekal mengotakan janji dan desakan para pelanggan, Fatin Nabilah akhirnya terpaksa dahulukan wangnya bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

Saya terpaksa gadaikan barangan kemas dan dahulukan duit simpanan sendiri sehingga mencecah RM39,563 bagi membeli barang kemas dan pulang wang pelanggan.

PENGADU, 2022

Bertambah malang lagi apabila pembekal terbabit bertindak keluarkan mangsa dari grup WhatsApp gara-gara menyebarkan berita tentang masalah kelewatan barang dan kegagalan mengotakan janji. Tujuan pengadu berbuat demikian supaya para pelanggan henti dari meneruskan pembayaran kepada pihak pembekal.

Fatin turut mengakui bimbang reputasinya akan tercalar apabila dikaitkan dengan aktiviti penipuan melibatkan barangan kemas tersebut.

Gambar Sekadar Hiasan

Untuk apa pelanggan terus membayar pada syarikat yang bermasalah? Pelbagai tohmahan dan hinaan saya terima daripada pelanggan, sampaikan saya sendiri tertekan dan mencalarkan reputasi saya di mata kenalan dan saudara mara lain.

PENGADU, 2022

Berdasarkan laporan yang diterima, tak dinafikan penulis sendiri tertarik melihat penjualan emas secara dalam talian kerana proses pembelian lebih cepat dan mudah tanpa perlu beratur panjang. Namun perlu diingatkan terutama dalam situasi ekonomi hari ini, betapa banyak kes melibat penipuan sehingga mengalami kerugian cecah satu juta ringgit.

Justeru, penulis mewakili Semboyan Malaysia mengingatkan orang ramai yang ingin membeli emas agar hanya berurusan dengan kedai emas yang wujud secara fizikal.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights