Kad ATM ‘Dipegang’ Ah Long, Rayuan Minta Diskaun Langsung Tak Diendah…

Seorang wanita berusia 37 tahun berdepan tekanan apabila pinjaman wang yang dibuat dengan ceti haram sejak 3 tahun lalu sehingga kini, belum langsai. Lebih malang lagi, Ah Long terbabit turut menyimpan kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik mangsa bagi memastikannya membayar ansuran bulanan seperti dijanjikan.

Laporan tersebut diterima selepas pengadu tampil membuat aduan kepada pihak Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM), kelmarin.

Mangsa dikatakan membuat pinjaman sebanyak RM30,000 dan telah bersetuju membayar ansuran bulanan serta ‘bunga’ menerusi kad ATM yang dipegang Ah Long terbabit.

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Berdasarkan maklumat diberikan, mangsa sudah membayar ansuran bulanan lebih RM70,000 tetapi sehingga kini hutang berkenaan belum selesai, malahan dikatakan masih mempunyai baki yang tertunggak.

Saya setuju untuk bayar bunga setiap bulan dan bayar lump sum habis principal load sebab nak pendekkan tempoh. Tetapi masalah COVID dan PKP telah menjejaskan pendapatan saya, membuatkan saya gagal selesaikan hutang. Pun begitu, saya tak pernah culas bayaran bulanan..

Sehingga kini, pinjaman saya masih berterusan dan jumlah untuk 2 tahun saya telah bayar lebih RM70,000.

Pengadu, 2022

Bertambah malang lagi apabila nama pengadu turut disenarai hitam sebagai bad debtor, selain terus ditekan ceti haram terbabit untuk melangsaikan semua hutang tertunggak.

Pihak peminjam telah menulis status saya di dalam CTOS dan sehingga kini mereka masih desak saya membayar hutang. Saya merasa sangat tertekan!

Pengadu, 2021

Justeru, bagi mereka yang pernah menyerahkan kad ATM kepada mana-mana Ah Long dinasihatkan supaya membatalkan akaun dan kad ATM berkenaan kerana ia mungkin pernah digunakan untuk kegiatan jenayah. Tambahan pula, kad bank tidak boleh diserahkan kepada orang lain berikutan ia adalah hak pemilik persendirian.

Semoga kes ini menjadi ikhtibar buat semua, yakinlah setiap orang biasa berbuat silap dan kesilapan ini pengajaran bermakna dalam hidup supaya tak berulang.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights