Pengadu Buntu… Bekas Tunang Larikan Wang RM9,000 Serta Kunci Pendua Motor & Kereta

Bukan sahaja hasrat untuk membina bahtera perkahwinan musnah di tengah jalan, malah seorang lelaki turut menanggung kerugian kurang lebih RM18,000 akibat dianiaya bekas tunang sendiri.

Mangsa berusia 26 tahun hanya menyedari dirinya diperdaya, selepas wanita terbabit meminta untuk memutuskan pertunangan mereka angkara orang ketiga.

Saya telah memberikan wang bernila RM9,000 untuk simpanan bersama bagi majlis perkhawinan yang sepatutnya berlangsung pada bulan Oktober 2020.

Tapi setelah setahun bertunang, dia membuat keputusan untuk membatalkan majlis perkhawinan dan minta putus pertunangan kerana mempunyai lelaki lain.

PENGADU, 2022

Enggan memanjangkan pertelingkahan, pengadu bersetuju untuk memutuskan pertunangan dengan syarat wanita berkenaan kembalikan semula wang hantaran, cincin tunang serta ganti rugi. Bagaimanapun, bekas tunangnya berkeras enggan memulangkannya.

Antara barangan yang telah saya berikan kepada bekas tunang adalah; wang berjumlah RM9,000, sebuah telefon bimbit berjenama bernilai RM6299, cincin pertunangan 3 bentuk (RM2,000), kos renovate rumah berjumlah RM2,500, kunci pendua kereta dan motosikal serta sejumlah wang yang saya berikan selama setahun bermula Oktober 2020 sehingga Disember 2021.

Sehingga hari ini, semuanya tidak dikembalikan kecuali cincin pertunangan. Bila ditekan untuk membayar, bekas tunang ugut nak rosakkan telefon bimbit tersebut. Kunci pendua kereta dan motor pun tak dikembalikan…

PENGADU, 2022

Tambah pengadu lagi, bekas tunangnya turut menyekat nombor telefon serta media sosialnya kerana enggan dihubungi. Bahkan wanita terbabit juga pernah melarikan kereta beliau berikutan kunci pendua ada dengannya.

Buntu memikirkan cara bagaimana untuk mendapatkan semula hak, pengadu justeru tampil membuat laporan dan meminta bantuan daripada pihak Semboyan Malaysia.

Saya merayu supaya pihak Semboyan dapat membantu saya dalam menyelesaikan kes ini… segala bukti resit ada dengan saya.

Saya juga telah beri dia masa sebulan bermula Oktober 2021 dan beri lagi masa dua bulan sehingga Disember 2021..tetapi sampai sekarang bekas tunang dan keluarganya hanya berdiam diri serta memalukan saya di media sosial..

PENGADU, 2022

***

Berdasarkan laporan yang diterima, penulis berpendapat;

Secara dasarnya apabila termetrai sesuatu pertunangan itu, tidak harus dibatalkan. Namun jika ada pihak yang mahu membatalkan pertunangan tanpa sebab-sebab yang munasabah, pihak yang membatalkan itu wajib membayar ganti rugi mana-mana yang membabitkan urusan pertunangan dan perkahwinan.

Ini kerana, mengikut Seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, ‘jika seseorang mengikat suatu pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui orang perantaraan dan kemudian enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi tanpa sebab yang sah (manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya), maka pihak yang mungkir perlu bertanggungjawab memulangkan pemberian pertunangan (jika ada), atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian itu boleh dituntut melalui tindakan dalam mahkamah.’

Dan jika sabit kesalahan pihak terbabit wajib membayar ganti rugi perkara berikut;

  1. Memulangkan pemberian pertunangan (jika ada).
  2. Membayar apa-apa wang yang dibelanjakan dengan suci hati oleh satu pihak untuk membuat persediaan bagi perkahwinan.
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights