Anak Hilangkan Diri Lepas Terjebak Hutang Ah Long, Ibu Rayu Supaya Tak Diganggu..

Hampir setiap hari, seorang ibu terpaksa berhadapan dengan pelbagai ancaman dan ugutan daripada samseng Ah Long hanya kerana tindakan tidak bertanggungjawab anak lelakinya.

Menurut pengadu yang mewakili warga emas berkenaan, abangnya telah menghilangkan diri selepas kali terakhir dilihat si isteri pada awal Januari.

Sejak itu kami tak dapat sebarang berita. Sebelum hilangkan diri, abang kerap telefon minta duit dari emak dan adik-adik yang lain…katanya untuk belanja dan modal pusingan berniaga.

Dia juga mengaku terlibat dalam perjudian online dan pinjaman wang daripada Ah Long.

PENGADU, 2022
Gambar Sekadar Hiasan

Difahamkan, si ibu menerima panggilan telefon daripada lima individu berbangsa Cina menuntut supaya menjelaskan hutang anak lelakinya. Akui pengadu berusia 36 tahun itu, awalnya dia sekeluarga tidak tahu menahu tentang hutang-hutang dibuat abangnya.

Saya hanya dimaklumkan keseluruhan hutang adalah kurang lebih RM15,000 dan emak telah membuat pembayaran kepada tiga daripada lima Ah Long. Sekarang ini, muncul pula yang keempat dan kelima menuntut hutang!

Keluarga mentuanya di Sabah juga sudah membuat laporan mengenai kehilangannya.

PENGADU, 2022

Mengenangkan keadaan si ibu semakin uzur, pengadu berharap supaya abangnya menanggung sendiri masalah yang dicetusnya selain tidak libatkan keluarga dalam hal ini. Dia yang berasal dari Taiping, Perak itu turut merayu Ah Long-Ah Long ini berhenti mengganggu dan mengugut mereka sekeluarga.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights