Sudahlah Diistiharkan Muflis, Pengadu Tertekan ‘Digertak’ Ah Long!

Sekali sudah terjebak, sukar untuk berpatah balik. Begitulah diibaratkan mangsa yang terjebak meminjam wang daripada sindiket ceti haram atau lebih dikenali sebagai ah long.

Apa yang dikatakan, pelbagai cara digunakan lintah darat ini untuk mendapatkan kembali wang sehingga ada yang mengakibatkan kehidupan mangsa dan keluarga tertekan. Baru-baru ini, Semboyan Malaysia menerima aduan daripada seorang pengadu mendakwa dirinya tertekan gara-gara ‘digertak’ Ah Long.

Dedah lelaki berusia 42 tahun berkenaan, dirinya kini sedang di bawah pengawasan pihak insolvensi selepas diisytiharkan muflis.

Saya ada masalah dengan sebuah syarikat pinjaman wang berlesen. Untuk pengetahuan, saya telah diisytiharkan bankrap dan sedang dipantau pihak insolvensi di mana saya perlu membuat pembayaran hutang secara berjadual.

Saya juga dilarang dan ditegah oleh pihak terbabit untuk tidak membayar apa-apa hutang kepada mana-mana peiutang di luar saluran insolvensi.

PENGADU, 2022
Gambar Sekadar Hiasan

Bagaimanapun masalah mulai timbul apabila syarikat ceti haram terbabit terus mendesak beliau untuk membayar hutang. Biarpun sudah dimaklumkan supaya berurusan dengan pihak insolvensi namun mereka tetap berkeras menekan pengadu.

Ada kata-kata pada saya berunsur ugutan… malah mereka juga pernah minta hutang dari anak saya atas alasan anak saya adalah waris saya. Setakat ini, memang tiada unsur ugutan mencederakan atau khianat merosakkan harta benda tapi saya risau keselamatan diri dan keluarga.

Soal hutang, saya agak was-was apabila jumlah hutang yang dituntut juga berlainan seolah-olah mereka bebas kenakan bunga sesuka hati.

PENGADU, 2022

Jelas pengadu yang berasal dari Johor, beliau juga ada minta pihak terbabit butiran lanjut berkenaan hutangnya dengan mengemukakan letterhead rasmi syarikat namun gagal atas alasan SULIT.

Menyentuh isu pinjam ceti haram ini, Semboyan Malaysia tidak menggalakkan mana-mana pihak terlibat dengan lintah darat ini kerana sekali terjerat sukar untuk anda meloloskan diri!

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights