Borong Lampin Bayi, Wanita Rugi Lebih RM33k Ditipu Suami Isteri

Waktu pandemik ini, kesusahan rakyat dari setiap sudut adalah BENAR belaka!

Tidak ketinggalan, seorang wanita tampil memohon bantuan PPSM kerana ditipu dalam urus niaga lampin bayi pakai buang yang ditawarkan melalui laman sosial Instagram.

Usahawan dalam talian berusia 29 tahun itu mendakwa berhubung dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp dan bersetuju untuk memborong lampin bayi pakai buang berharga RM33,000.

Waktu itu, saya terdetik untuk membuat perniagaan melalui Instagram dan WhatsApp.. Saya juga telah membuat pembayaran sebanyak RM1,894.43. Seperti yang dijanjikan selepas pembayaran penuh dibuat perlu tunggu selama 2 ke 3 minggu, tetapi bila tiba waktunya tiada berita daripada penjual..

Pengadu, 2021
Gambar Sekadar Hiasan

Gara-gara merasa curiga, pengadu yang berasal dari Johor ini kemudian mengambil inisatif mencari maklumat tentang ‘perniagaan’ individu terbabit di Facebook. Bagaimanapun, hasil carian mendapati suspek adalah seorang scammer dan ternyata sudah ramai yang menjadi mangsanya.

Enggan terus diri ditipu, pengadu akhirnya pergi bersua muka bersama suspek bagi mendapatkan penjelasan berkenaan barangan tersebut di samping cuba untuk selesaikan masalah secara baik. Setelah berbincang, pengadu akhirnya bersetuju untuk meneruskan ‘perniagaan’ selain perlu membuat pembayaran bagi mencapai minimun order quantiti (MOQ).

Mereka ini adalah pasangan suami isteri beranak empat yang masih muda, tinggal di kawasan Evo Majestic, Semenyih.. Lingkungan berusia 24 dan 34 tahun.

Sewaktu berjumpa, dia meminta saya buat bayaran dahulu sebelum mendapatkan barang tetapi jumlah barangan yang dapat tidak seperti yang dipesan. Oleh kerana, dia membuat penjelasan.. kami berfikir masih ingin meneruskan perniagan tanpa kisah dengan tuduhan orang ramai (scammer).

Saya terus membuat pesanan hampir setiap minggu bermula Januari 2021. Dia mahu MOQ yang tinggi, justeru memohon saya untuk mencari ejen..

Pengadu, 2021
Gambar Sekadar Hiasan

Gara-gara asyik ditekan dengan MOQ yang tinggi, pengadu perlu merekrut seramai tujuh orang ejen di bawahnya.. Malangnya, kesemua mereka gagal menerima bayaran dan pengadu terpaksa membayar ganti rugi bagi mengelakkan ‘anak buahnya’ hilang kepercayaan.

Begitu itu sahaja, stok barangan yang dijanjikan itu langsung tidak diterima sehingga terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM33,000 termasuklah pinjaman persendirian daripada suspek.

Oleh yang demikian, pengadu memohon khidmat nasihat daripada pihak PPSM dalam mencari penyelesaian berhubung masalah ini.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights