Di Invite Masuk Group Bantuan Dana, Mangsa ‘Sengkek’ Dipaksa Gadai Emas

Penipuan atau scammer ketika ini semakin berleluasa tanpa mengira situasi. Macam tak percaya, tetapi itulah realiti yang melanda negara kita..

Bahkan di saat negara sedang berjuang dengan penularan virus COVID-19, wujud segelintir individu yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan melakukan penipuan!

Siapa sangka, seorang wanita berusia 37 tahun tidak terkecuali menjadi mangsa kepada penipuan pelaburan dana dan saham. Pengadu yang berasal dari ibu kota ini mengakui mula terjebak dengan skim tersebut selepas dijemput oleh seorang individu untuk sertai group ‘bantuan dana’ pada November tahun lalu.

Saya telah di invite ke dalam group bantuan dana pada November 2020 lalu. Bagi memastikan kesahihan, saya contact terus pemilik dana dan dia telah menyakinkan saya tentang dana itu. Sekali gus memberikan perjanjian pulangan jika saya dapat bantu”.

Pengadu, 2021
Gambar Sekadar Hiasan

Dek kerana dikaburi dengan janji pulangan keuntungan yang tinggi, beliau akhirnya bersetuju untuk melabur hampir mencecah ratusan ringgit. Pengadu bagaimanapun mulai curiga apabila individu terbabit terus-menerus menekan beliau untuk membuat pelaburan. Bahkan, mangsa turut dipaksa untuk menggadai kesemua barang kemas miliknya dan membuat pinjaman wang.

“Dari masa ke semasa saya dihubungi oleh individu terbabit dan meminta bantuan wang sehingga mencecah ratusan ringgit. Beliau cuba menyakinkan saya bahawa urusan sudah dipengakhiran dan akan selesai dalam masa terdekat.

“Individu itu juga menyuruhkan saya meminjam duit dan menggadai emas sekali gus berjanji akan memulangkannya semula setelah urusan selesai. Saya tetap bantu walaupun kadang-kadang permintaannya tidak masuk akal”.

Pengadu, 2021
Gambar Sekadar Hiasan

Tidak mahu membiarkan dirinya terus ditipu, pengadu justeru mengambil pendekatan menghubungi individu terbabit bagi menanyakan tentang status pelaburan dan dana tersebut. Malangnya, bermacam-macam alasan diberi selain enggan berjumpa.

Mengejutkan lagi, ternyata bukan dirinya sahaja yang menjadi mangsa tetapi sudah ramai yang terjebak dengan penipuan ini. Apa yang menyakitkan hati, bila mana ‘penyangak’ terbabit menyuruh mangsa-mangsa lain supaya bersabar.. Sedangkan dia masih aktif melakukan penipuan dengan menjerat mangsa lain!

Buntu memikirkan cara untuk mendapatkan semula wang yang telah dilabur, pengadu justeru mendapatkan khidmat nasihat daripada Semboyan Malaysia.

Orang ramai dinasihati supaya lebih peka terhadap segala jenis pelaburan. Bagi memastikan sama ada pelaburan tersebut sahih atau tidak, anda boleh membuat semakan secara atas talian untuk elakkan sebarang penipuan.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights