Lelaki ‘Putih Mata’, RM10k Lesap Ditipu Pelaburan Bitcoin

Hanya kerana keinginan mahu cepat kaya, seorang lelaki berputih mata selepas semua wang simpanannya berjumlah RM10,000 lesap akibat diperdaya pelaburan Bitcoin pada 17 Jun lalu.

Pengadu berusia 45 tahun mendakwa, tertarik dengan skim pelaburan Crypto dan Bitcoin Mining selepas ditawar oleh seorang individu. Selain menjanjikan pulangan modal yang tinggi, suspek turut menjanjikan akan membuat pembayaran balik dalam tempoh empat hari selepas tarikh pelaburan dibuat.

Dia mendorong saya untuk menyertai pelaburan tersebut dengan menceritakan pengalamannya di dalam pelaburan ini dan menjanjikan pulangan modal serta profit dalam masa 4 hari.. Dan janji akan pulangkan modal sekiranya pelaburan tersebut gagal..

Dia juga tunjukkan pada saya transaksi-transaksi yang dibuat ahli lain untuk meyakinkan saya..

Pengadu, 2021
Gambar Sekadar Hiasan

Gara-gara termakan dengan ‘janji manis’ individu terbabit, pengadu akhirnya setuju untuk melabur dan membuat transaksi wang berjumlah RM10,000 ke dalam akuan peribadinya. Tetapi mulai ragu apabila suspek bertindak mengeluarkan kesemua ahli daripada grup WhatsApp termasuk dirinya. Bagi mendapat kepastian, pengadu cuba menghubungi suspek dengan mengirimkan pesanan mesej namun gagal apabila nombornya telah disekat.

Namun keesokkan harinya, selepas membuat transaksi.. saya dapati suspek telah keluarkan kesemua ahli di dalam grup termasuk diri saya. Saya juga ada menghantar mesej persendirian, namun dia menyekat saya dan ahli-ahli lain.

Pengadu, 2021

Yakin dirinya telah diperdaya oleh suspek, pengadu yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur ini tampil membuat laporan dan memohon bantuan daripada pihak PPSM. Lebih mengejutkan lagi, ternyata bukan dirinya sahaja yang menjadi mangsa tetapi lelaki terbabit turut memperdaya ratusan masyarakat yang menyertai skim pelaburan tersebut.

Dalam situasi ini, kami pihak Semboyan Malaysia menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada ketika membuat sebarang urusan secara dalam talian dengan tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights