Gigih Labur Demi Masa Depan Keluarga, Bapa OKU Ditipu Syarikat Insurans

Ditipu syarikat insurans bukan lagi satu isu asing masa kini.

Tak dinafikan, ramai ejen takaful dan insurans yang benar-benar jujur dalam pekerjaan mereka. Pun begitu, masih ada segelintirnya sanggup menipu dengan memanipulasikan cerita demi kaut untung atas angin.

Pernah tular kisahnya suatu ketika dahulu, seorang lelaki OKU (pendengaran) terpaksa menanggung kerugian lebih RM500,000 akibat diperdaya syarikat insurans.

Gambar Sekadar Hiasan

Menurut pengadu (adik kepada mangsa), segalanya bermula selepas dia mengenali seorang wanita yang berkhidmat sebagai ejen insurans. Mengenangkan kesusahan hidup serta ketidakupayaan fizikal abang dan kakak iparnya, pengadu kemudian mencadangkan mangsa membeli insurans perlindungan keluarganya.

Atas nasihat ejen berkenaan, mangsa akhirnya bersetuju untuk membuat simpanan berjumlah RM150,000 atas namanya dengan harapan ada sinar untuk masa hadapan kelak. Manakala, RM350,000 lagi disimpan di dalam sebuah bank atas nama isterinya.

Kononnya proses pembukaan akaun si isteri memakan masa yang lama, individu terbabit kemudian menasihati agar mangsa melabur dengan rakannya. Gara-gara dikaburi dengan jumlah pulangan yang besar (4%) dalam tempoh singkat, pengadu dan mangsa akhirnya bersetuju untuk melabur dengan jumlah wang sebanyak RM511,000.

Gambar Sekadar Hiasan

Namun, mulai curiga bilamana hanya sebulan sahaja pulangan modal yang diterima selain bermacam-macam alasan diberikan oleh pihak terbabit.

Buntu memikirkan cara untuk menuntut kembali pulangan modal yang dijanji, pengadu justeru memohon khidmat Semboyan Malaysia menuntut agar ejen terbabit mengotakan janji seperti mana yang telah dipersetujui.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights