Maaf sebenarnya mudah, cuma ‘EGO’ membuatkan ia berat..

Saya minta maaf..

Tidak dinafikan, meminta maaf kepada seseorang merupakan satu hal yang sangat mudah dikatakan. Sesiapa pun boleh ungkap, cuma kadang-kadang ego yang menjadikan ia berat.

Jika kita lihat, berapa ramai yang sudah minta maaf tetapi masih lagi buat hal. Kenapa?

Ini kerana, ia bukan datang dari perasaan yang ikhlas tetapi sekadar ingin menghentikan perselisihan yang berlaku. Mohon maaf hanya untuk meraih pujian orang sekeliling? Apa gunanya jika mulut berkata maaf tapi hakikatnya hati masih menyimpan dendam?

Gambar Sekadar Hiasan

Kebiasaannya orang yang meminta maaf tanpa ikhlas, hatinya memberontak walaupun luaran tampak tenang. Bukan itu sahaja, tidur malamnya juga mungkin tak lena dek kerana masih tidak berpuas hati bila mana terpaksa minta maaf sedangkan dia di tempat yang betul.

Sama juga dengan dengan konteks ‘memaafkan’. Bukan mudah sebenarnya untuk memaafkan seseorang.

Ramai sahaja yang kononnya sudah memaafkan tapi selepas beberapa ketika bahkan puluhan tahun kemudian, hati masih berdarah. Walaupun yang dimaafkan itu mungkin sudah meninggal dunia.

Namun, sebaliknya pula dengan orang yang memaafkan dengan ikhlas.

Semestinya individu ini sudah memaafkan tetapi bila hal tersebut dikenang, hatinya tetap tenang dan tersenyum. Tiada sedikitpun rasa sakit di hati, jauh sekali perasaan dendam sebaliknya bersyukur kerana pernah melalui pengalaman tersebut.

Gambar Sekadar Hiasan

Nampak tak? Minta maaf dan memaafkan tak hanya ungkapan di mulut sahaja tetapi perlu datang dari hatinya sendiri. Kita mungkin boleh pujuk seseorang itu untuk minta maaf dan memaafkan, tetapi yang ikhlas hanya dia sahaja tahu.

Justeru maaflah dalam senyap, seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW: “Sebelum kamu tidur pada malam hari, mohon maaf dan maafkan semua orang. Maka hati kamu akan tenang“.

Sesungguhnya Allah tidak melihat siapa yang memulakan perselisihan. Sebaliknya akan mengangkat darjat siapa yang meminta maaf dahulu, tidak kira samada dia yang salah atau tidak.

Allah Maha Mengetahui dan bukan mudah untuk-Nya mengangkat darjat seseorang manusia itu, jika ungkapan di mulut tidak seiring dengan hati. Wallahu’alam

Sumber : Facebook Farizal Radzali

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights