Emas Delay: Helah Pelaburan Scam

Jika anda didatangi seseorang menawarkan skim beli emas secara tangguh atau lebih tepat lagi bayar sekarang tetapi dapat emas ‘nanti’, sila JAUHKAN DIRI!

Ini yang kita panggil skim ’emas delay‘. Modus operandinya mudah sahaja, di mana ia hanya fokus pada duit yang masuk dan bukannya emas yang bakal dapat. Kebiasaannya, anda akan diperdaya dengan janji ’emas murah’ lebih dari harga pasaran. Mereka yang terdesak dan tamak pastinya akan termakan dengan janji-janji manis ini.

Misal kata, anda ingin beli gelang tangan 20 gram dengan harga RM300 per gram, jadi anda perlukan RM6,000. Sebaliknya jika anda sertai skim ini, sudah pasti anda dapat membeli dengan harga RM4,000 sahaja. Bayangkan, di sini anda sudah jimat RM2,000 dan rugilah kalau tak ambil. Bukan lama pun, tunggu tiga bulan je.

Gambar Sekadar Hiasan

Namun apa yang menjadi masalah sekarang, ada dua kemungkinan yang berlaku selepas tiga bulan tersebut:

  1. Anda akan dapat emas yang dijanjikan.
  2. Emas anda akan tertangguh lagi dan akhirnya ‘lesap’.

Jika mendapat emas yang dijanjikan, kiranya selamatlah kan?

Tidak! Ia cumalah satu perangkap untuk menjerat anda lagi. Jika anda orang yang tamak, pasti tidak akan dapat menahan diri untuk membeli lebih lagi dengan harapan, ‘lepas 3 bulan aku akan dapat pulangan yang lebih dari sekarang‘.

Nak takut apa? Benda sudah terbukti, emas pun dah ada kat tangan. Akhirnya, habis satu kampung dijaja pasal skim ini kononnya untung betul!

Namun anda perlu tahu, kenapa pengendali skim ini tunai apa yang mereka dijanjikan.

Ini kerana, mereka memerlukan success stories untuk ‘dijual’ supaya lebih ramai yang akan sertai skim ini. Dari sini, mereka akan menggunakan duit ahli baru sebagai modal untuk membeli emas kepada ahli yang aktif mengajak ‘mangsa’ lain.

Mereka beli emas, ambil gambar, tunjuk kejayaan dan sehingga akhirnya ramai yang ingin ikut serta.

Gambar Sekadar Hiasan

Jadi, apa yang dikatakan ’emas delay‘?

Sampai satu tahap, apabila bilangan orang yang masuk semakin ramai sehingga tidak cukup untuk menampung mereka yang menuntut janji. Pada waktu inilah, 3 bulan itu akan jadi 6 bulan, 6 bulan akan jadi 12 bulan sehinggalah ramai yang menangis di bucu katil!

Kalau betul ianya pelaburan tulen, jangankan kita yang nak labur; badan-badan kerajaan, bank-bank dan institusi kewangan yang ada dana jauh lebih besar dan lebih ‘pakar’ daripada kita pasti akan rebut dulu. Tak sempat kita nak labur, dah ‘penuh’ quota! Sedangkan pihak bank pun tak ‘ambil port‘, sepatutnya kita dah boleh ‘red flag‘. Hati-hati, labur duit jangan sampai lebur..

Sumber : Facebook Akhtar Syamir

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights