Penubuhan

[row][col span__sm=”12″][/col][/row] [row][col span=”9″ span__sm=”12″ align=”center”][ux_text text_align=”left”]


SEJARAH PENUBUHAN


Persatuan Semboyan Malaysia adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.

Pertubuhan ini ditubuhkan dibawah naungan Tuan Yusuf Azmi  selepas beliau telah beralih arah dari persatuan terdahulu.

Tertubuhnya persatuan ini  bukanlah bertujuan untuk bersaing atau berlawan diantara persatuan, malah Semboyan Malaysia sangat terbuka dan mengalu-alukan untuk berkerjasama dengan mana mana persatuan di Malaysia yang mempunyai matlamat yang sama demi kebaikan pengguna malaysia.

Antara isu yang cuba diperjuangkan oleh Pertubuhan Semboyan Malaysia ini adalah berkaitan dengan halal dan haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran, penipuan dan kekejaman terhadap pengguna tanpa mengira bangsa dan agama.

Berdasarkan pengalaman Tuan Yusuf Azmi yang banyak membantu menyelesaikan dan lantang bersuara dalam pelbagai masalah rakyat marhaen, kini Persatuan Semboyan Malaysia mempunyai ‘tulang belakang’ yang terdiri dari rakyat sendiri dengan jumlah yang ramai  dan bergiat aktif dalam berusaha untuk melakukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.

[/ux_text][/col] [col span=”3″ span__sm=”12″][ux_sidebar][/col][/row]
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights