Konon Terlibat Pengubahan Wang Haram, Simpanan RM650,000 Ditipu Macau Scam

Seorang wanita kerugian RM650,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam, kononnya melakukan kesalahan dan perlu membuat beberapa transaksi bagi menguruskan kesnya.

Berdasarkan laporan, mangsa telah dihubungi seorang individu yang menyamar sebagai pegawai penyiasat mendakwanya terbabit dengan pengubahan wang haram pada Ogos tahun lalu.

Selepas mendapat panggilan pertama, ibu terus-terusan dihubungi beberapa individu lain yang mana setiap kali menjawab, ibu harus bersendirian dan tidak dibenarkan memberitahu sesiapa pun mengenai hal ini.

Ibu juga ada terima panggilan video daripada individu yang memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis dan siap mengenakan uniform lengkap.

Pengadu

Bimbang jika disabitkan kesalahan, mangsa meminta pendapat untuk membuat laporan di balai polis berdekatan namun dihalang suspek di samping menegaskan setiap pergerakannya akan dipantau. Malah, sekiranya beliau mendedahkan hal itu kepada keluarga, waran tangkap akan dikeluarkan.

Ibu ada tanya kalau-kalau dia perlu buat report di balai tapi mereka halang katanya kes Covid masih tinggi. Mereka juga ugut supaya ibu tak beritahu sesiapa kalau tidak, waran tangkap akan dikeluarkan dan ibu boleh masuk lokap.

Waktu itu, ibu sangat lemah kerana baru saja sembuh dari virus Covid19 selain diuji dengan pemergian abang dan terpaksa menguruskan ibu saudara OKU. Jadi, bila mendapat panggilan seperti itu, ibu terus percaya disebabkan fikirannya agak bercelaru.

Pengadu
Gambar Sekadar Hiasan

Mangsa diarahkan untuk membuka akaun bank baru dan memindahkan wang simpanan KWSP serta Tabung Haji ke akaun tersebut. Difahamkan, akaun tersebut telah didaftarkan dengan nombor telefon suspek.

Suspek mengatakan akaun tersebut dibuka bagi tujuan siasatan dan ibu tidak dibenarkan membuat sebarang pengeluaran atau semakan sepanjang tempoh siasatan berlangsung.

Pengadu

Tidak lama selepas itu, mangsa menerima panggilan memaklumkan bahawa kes telah pun selesai dan diminta memberikan salinan MyKad dan bil elektrik untuk diserahkan kepada pihak mahkamah.

Mangsa bagaimanapun, mula mengesyaki dirinya telah diperdaya selepas gagal terima sebarang surat pembebasan seperti yang dijanjikan.

Waktu itu, ibu dah curiga dan terus ke bank untuk membuat ke atas akaun bank milikinya. Malangnya, ibu dapati wang simpanan berjumlah RM650,000 sudah lesap sebelum membuat laporan polis di balai polis berdekatan.

Pengadu

***

Orang ramai diingatkan untuk lebih berhati-hati dan peka dengan tipu modus operandi sindiket penipuan Macau Scam. Sekiranya anda menerima panggilan telefon yang mecurigakan, sila hubungi balai polis berdekat untuk mendapat pengesahan sebelum berkongsi maklumat peribadi.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights