Gara-Gara Nak Bantu Rakan Habiskan Thesis, Mangsa Hidup Tertekan Diburu 9 Ah Long

Rata-rata masyarakat kini sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang dengan cara mudah, termasuk membuat pinjaman wang daripada ceti haram.

Baru-baru ini, Semboyan Malaysia menerima laporan berhubung satu kes penipuan. Gara-gara diperdaya rakan, seorang lelaki kini diburu 9 Ah Long atas pinjaman yang dibuat menggunakan namanya.

Kisah hitam itu membelenggu hidup Rahmat (bukan nama sebenar), 34, yang dikhianati rakannya sehingga terpaksa menanggung bebanan hutang yang banyak.

Saya berpakat dengan kawan mohon pinjaman Ah Long melalui satu apps, tapi menggunakan nama saya sebab dia belum bekerja dan masih belajar PHD. Tujuan saya pinjam sebab nak bantu dia yang masa tu mempunyai masalah kewangan untuk selesaikan thesis.

PENGADU
Gambar Sekadar Hiasan

Dedah pengadu, kedua-dua mereka bersetuju untuk membayar balik pinjaman setelah rakannya menerima duit biasiswa. Namun sehingga kini, wang tersebut gagal diperolehi sekali gus mengundang situasi yang lebih teruk apabila keluarganya pula terpaksa berdepan ugutan daripada Ah Long-Ah Long terbabit.

Perancangan awal kami masa buat pinjaman tersebut, kami akan bayar selepas kawan saya dapat duit biasiswanya. Tapi sampai hari ini, duit itu masih dalam proses dan kami tak dapat langsaikan hutang-hutang yang dipinjam.

Sekarang, seluruh keluarga dan kenalan saya diganggu mereka!

PENGADU

Namun bagi Rahmat (bukan nama sebenar), saban hari perasaan serba salah dan ketakutan menyelubungi diri setiap kali memikirkan keselamatan keluarganya.

Menyorot pada kronologi kes ini, pengadu turut menjadi mangsa keadaan gara-gara termakan dengan janji manis rakannya sehingga sanggup mengambil jalan pintas dengan meminjam sejumlah wang kepada ceti haram hingga akhirnya terpaksa menanggung bebanan hutang yang besar.

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dalam urusan pemberian wang terutama individu yang dikenali atau tidak dikenali bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights