RM130K Duit Simpanan Melayang Diperdaya Bakal Suami -“Dia Janji Nak Kahwin!”

Sudahlah perkahwinan yang dijanjikan dimungkiri, wang simpanan pula lesap!

Nasib malang inilah yang menimpa seorang wanita berusia 44 tahun akibat terlalu mempercayai ‘bakal suaminya’.

Tampil menjelaskan perkara itu, dia yang enggan dikenali mengakui terkilan dengan apa yang berlaku.

Saya kenal lelaki itu Oktober 2018 lalu, menerusi satu aplikasi untuk mencari jodoh. Dua hari selepas berbalas mesej, kami setuju untuk berjumpa. Dia berjanji nak berkahwin dengan saya dan kemudian dia mula meminjam duit sebanyak RM2,000.

Selang dua hari selepas itu, dia sekali lagi minta untuk meminjam RM6,000 bagi tujuan membuka akaun trading untuk keluarkan wang sebelum akaunnya dibekukan.

PENGADU, 2022
Gambar Sekadar Hiasan

Tambah wanita yang berasal dari ibu kota itu lagi, lelaki terbabit turut meminta untuk menyara hidup dia sekeluarga termasuk persekolahan lima anaknya.

Dia juga selamba minta saya bayarkan duit kereta, bil utiliti, bil hospital ibunya, rawatan mingguannya di hospital swasta serta urusan pembelian barang-barang Umrah ibunya.

PENGADU

Enggan memanjangkan cerita dan ditambah pula dengan pujuk rayu bakal suaminya, dia akhirnya akur dan bersetuju untuk membiayai kesemua permintaan. Malahan dijanjikan untuk melangsaikan separuh daripada hutangnya berjumlah RM60,000 dalam masa terdekat.

Namun malangnya, lelaki terbabit hanya membayar RM8,000 secara ansuran setelah didesak.

Tahun ini (2022) adalah tahun ke-5 dia pinjam wang dari saya. Dia juga selalu menggugut, jika saya melaporkan kepada pihak polis…dia hanya akan dipenjara 2 tahun saja dan selepas dibebaskan saya tidak akan dapat satu sen pun duit saya.

Bermaksud, dia tidak perlu bayar apa-apa lagi hutangnya yang masih berbaki RM122,000. Sekarang saya buntu! Disebabkan dia, saya telah berhutang dengan pihak bank bagi meneruskan hidup dan menanggung hutang yang banyak.

PENGADU

Buntu mencari jalan penyelesaian, pengadu akhirnya tampil membuat laporan dan memohon bantuan daripada pihak Semboyan Malaysia berhubung kes ini.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights