Sepasang suami isteri mengakui hidup dalam ketakutan apabila mendakwa sering diganggu beberapa individu menuntut hutang yang dipercayai berjumlah lima juta ringgit.

Menurut pengadu berusia 47 tahun itu, gangguan dan ugutan tersebut masih berterusan sejak Januari lalu meminta untuk melangsaikan hutang.

Saya dan isteri diganggu oleh beberapa individu yang telah diupah oleh seseorang dikenali yang berniat jahat dan khianat terhadap kami. Mereka reka cerita kononnya kami mempunyai hutang dengan dia sebanyak lima juta ringgit.

Gangguan ini berlaku selama setahun sehinggalah ke hari ini…

PENGADU, 2021

Katanya, sembilan laporan polis telah dibuat sebelum ini kerana bimbang keselamatan keluarganya dan berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera.

Ini kerana, pelbagai bentuk ugutan dan gangguan yang diterima seperti menyimbah cat serta najis, menampal plakat, menggantung banner kononnya scammer di premis perniagaan.

Gambar Sekadar Hiasan

Mereka juga mengupah orang duduk di depan premis dan lekat banner yang bertulis ‘debt collector‘ selama tiga bulan.

Semua dilakukan adalah untuk memalukan dan menfitnah kami, sedangkan kami tidak mempunyai apa-apa hutang pun dengan individu tersebut atau mana-mana pihak.

PENGADU, 2021

Buntu dengan apa yang berlaku, pengadu tampil membuat aduan bagi mendapatkan khidmat dari pihak Semboyan Malaysia.

PPSM sama sekali tidak menggalakkan mana-mana pihak meminjam atau terlibat dengan Ah Long sebaliknya kami berusaha membantu mereka yang telah terjerat dengan perangkap sebengini. Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat bantuan dari Unit Tindakan Khas Semboyan Malaysia, sila laporkan aduan anda di talian 0 19-338 8500 untuk menetapkan temu janji.