Jual Motor Pada Kawan, Remaja Terkejut Terima Saman Lebih RM22,000?

Situasi ekonomi sekarang banyak memberi impak pada kita… Ramai yang dipotong gaji, elaun dan ramai juga yang diberhentikan kerja. Apa yang merunsingkan kepala apabila ada komitmen dan hutang-hutang perlu dilangsaikan.

Baru-baru ini, Semboyan Malaysia menerima aduan daripada seorang lelaki berkenaan kes hutang dengan syarikat kredit.

Lebih kurang beberapa tahun lalu, saya ada buat pinjaman membeli motosikal di bawah syarikat kredit dan telah tertunggak lama.

Punca awal tertunggak disebabkan saya terlibat dalam kemalangan dan tidak dapat bekerja…

PENGADU, 2021

Mengenangkan dirinya sudah tidak mampu membayar hutang, pengadu akhirnya setuju menjual motosikal tersebut kepada salah seorang rakannya. Individu terbabit turut berjanji akan komitmen dalam menyambung bayar motosikal berkenaan.

Gambar Sekadar Hiasan

Anggapan saya semuanya berjalan lancar. Namun selepas 6 tahun, saya dapat panggilan dari seseorang individu mendakwa beliau dari Mahkamah untuk mengesahkan alamat saya bagi tujuan keluarkan waran dan penguncian rumah.

Sejujurnya, saya tak pernah dapat apa-apa surat amaran untuk penyitaan.

PENGADU, 2021

Beliau kemudian diminta untuk hubungi salah seorang peguam untuk berbincang mengenai kes terbabit. Menurut individu tersebut, pengadu telah disaman oleh sebuah syarikat kredit sebanyak RM22, 600 berikutan gagal menjelaskan bayaran bulanan dan hutang motosikal.

Sekali gus menawarkan diri membantu dalam menyelesai kes penyitaan harta benda jika pengadu bersetuju untuk membayar RM6,000 pada hari yang sama.

Katanya, lepas saya bayar sejumlah wang itu…barulah saya boleh bayar secara ansur sehingga semua hutang langsai. Mereka cakap saya perlu ikut syarat untuk menjelaskan sekurang-kurangnya 50% dari RM6,000.

Kalau boleh saya nak bersihkan nama dari senarai hitam sebab impian saya nak beli rumah ke hadapan hari. Tapi saya kena buat bayaran dalam masa singkat dan itu sangat membebankan. Saya hanya bergaji kurang RM1,800 sebulan.

PENGADU, 2021

Dakwa pengadu berusia 26 tahun itu lagi, tujuannya membuat aduan adalah bagi mendapatkan khidmat nasihat serta pandangan daripada pihak Semboyan Malaysia.

Semoga daripada penceritaan dan luahan mangsa ini dapat diambil sebagai iktibar mahupun pengajaran. Orang ramai juga dinasihatkan supaya lebih bertanggungjawab dalam segala hal terutama melibatkan perjanjian hutang.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights