Warga Emas Terkedu, RM32,000 Wang Simpanan KWSP ‘Disonglap’ Kawan!

Jenayah penipuan melibatkan wang ringgit bukan lagi isu asing di negara ini…

Turut mengalami nasib yang sama, seorang warga emas berusia 50 tahun berputih mata apabila duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya berjumlah RM32,000 lesap.

Gara-gara terlalu percayakan kenalan, mangsa menyerahkan kad pengenalan dan kad pengeluran wang automatik (ATM) kepada suspek.

Saya ada minta tolong ‘kawan’ untuk membantu urusan pengeluaran KWSP bagi membayar hutang jaminan berjumlah RM1,000 kerana tidak tahu cara pengeluaran.

Kemudian, saya dibawa suspek ke KWSP kononnya untuk membantu. Setelah itu, dia menghilangkan diri dan dikatakan telah ditangkap polis kerana cubaan merompak kedai.

Tak lama selepas itu, saya pergi ke bank untuk menyekat akaun kerana kad pengenalan dan kad ATM ada pada suspek untuk urusan pengeluaran duit.

Pengadu, 2021

Beliau turun tampil membuat laporan di balai polis berdekatan bagi mendapatkan semula dokumen pengenalan diri yang telah dirampas oleh pihak berkuasa. Namun ditahan dan dihantar ke penjara Kajang, berikutan pengadu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan pengambilan bahan terlarang.

November lalu, selepas keluar dari Penjara Kajang saya telah membuat IC dan kad ATM baru untuk keluarkan duit KWSP yang ada dalam akaun. Tapi bila semak baki simpanan, rupanya akaun bank masih aktif dan jumlah pengeluaran duit adalah RM32,000 sedangkan waktu itu saya dalam tahanan.

Pengadu, 2021
Gambar Sekadar Hiasan

Pengadu justeru mengesyaki dirinya telah ditipu individu terbabit kononnya kad pengenalan dan kad ATM dirampas polis berikutan ditahan pihak berkuasa.

Saya sangat sedih sebab duit simpanan di hari tua telah dicuri orang…Ada tak peluang atau cara untuk saya dapat semula duit saya??

Pengadu, 2021
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights