Motor Ditarik, Syarikat Kredit Desak Bayar Lebih RM18k -“Semua Caj Mengarut!”

Pernah anda merasa was-was dengan syarikat kredit sewaktu membeli kenderaan? Ya? Tidak?

Zaman ekonomi sekarang yang agak bergerak perlahan, kita rakyat jelata semakin terasa tertekannya… Yang menyedihkan lagi bila mana ada di antara kita mempunyai beberapa pinjaman yang masih perlu dibayar.

Tak kurang juga dengan nasib sebahagian pembeli motosikal yang gagal membayar ansuran bulanan gara-gara tidak mampu.

Baru-baru ini, pihak Semboyan Malaysia menerima aduan daripada seorang lelaki mendakwa merasa curiga dengan sistem sewa beli dari sebuah syarikat kredit.

Menurut pengadu yang berusia 30 tahun itu, beliau ada membeli sebuah motosikal berkuasa tinggi bernilai lebih RM20,194.55 pada 2012 lalu.

Saya ada buat loan sebanyak RM17,000 serta 48 bulan faedah sebanyak RM6,800 seperti yang dinyatakan dalam dokumen.

Jadi jumlah yang perlu dibayar ialah sebanyak RM17,000 (pokok) dan RM6,800 sebagai faedah menjadikan RM23,800.

Pengadu, 2021

Beliau kemudian ditawarkan untuk membuat pinjaman ke atas sebuah syarikat kredit. Mengikut jadual semula pembayaran, pengadu perlu membayar RM496 selama 7 bulan manakala RM488 pada bulan terakhir.

Bagaimanapun pada bulan pertama dan seterusnya, pengadu telah gagal membuat bayaran atas sebab-sebab tertentu.

Walaupun kadang tak bayar, adakalanya saya akan bayar lebih untuk cover bulan-bulan yang terkurang atau terlepas… sehinggalah pada Ogos 2021, baki hutang mencecah RM1,448.26.

Namun syarikat kredit maklum bahawa saya masih perlu bayar lebih RM18,000.

Pengadu, 2021

Terkejut dengan jumlah hutang yang masih berbaki, pengadu cuba meminta pihak terbabit kemukakan maklumat terperinci tentang hutang tersebut. Namun setelah diselidik, pelbagai caj yang tidak munasabah dikenakan termasuk khidmat telefon, surat menyurat, caj admin, caj mahkamah (sebanyak RM8,369) dan sebagainya.

Difahamkan, motosikal tersebut sudah pun ditarik dan telah dijual oleh syarikat kredit terbabit dengan harga jauh lebih murah dari harga pasaran.

Gambar Sekadar Hiasan

Bukan itu sahaja, usaha pengadu menjejaki premis berkenaan bagi mendapatkan salinan dokumen perjanjian asal ‘sewa beli’ motosikalnya juga gagal.

Saya ada minta salinan dokumen perjanjian dan resit pembayaran caj mahkamah seperti yang dinyatakan tapi mereka tak bagi.

Saya juga ada buat semakan daripada pelanggan syarikat itu, dan rata-ratanya terperangkap juga dalam masalah seperti ini.

Pengadu, 2021

Oleh yang demikian, pengadu berharap pihak Semboyan Malaysia dapat menyelesaikan masalah ini serta membela nasib orang-orang yang ditindas dek kerana kurangnya pengetahuan hak-hak kepenggunaan.

Kami di Semboyan Malaysia percaya ramai pengguna di luar sana pernah terperangkap dalam masalah ini dan paling menyedihkan apabila baki tersebut siap ‘beranak’ lagi… pelbagai caj mengarut dikenakan.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights