Ugut Simbah Darah B*bi, Ah Long Muncul Lepas 3 Tahun Konon Ada Baki Tertunggak…

Pelbagai cara akan digunakan oleh kumpulan Ah Long atau sindiket peminjam wang tidak berlesen untuk memeras ugut si peminjam bagi melunaskan bayaran dengan segera… Antaranya termasuklah menular foto keluarga, menyimbah cat dan darah b*bi sebagai notis ugutan!

Baru-baru ini, tidak ketinggalan seorang lelaki mengakui hidup dalam ketakutan gara-gara mendapat ugutan daripada ejen ceti haram. Menurut pengadu, segalanya bermula hanya kerana kesilapan meminjam Ah Long sebanyak RM2,000 pada 2017 lalu.

Saya ada buat pinjaman Ah Long RM2,000 tapi yang dikredit ke dalam akaun hanya RM800 saja.

Lepas seminggu, saya disuruh buat pembayaran penuh RM3,000 lebih termasuk bunga. Dan dalam perbualan melalui telefon, Ah Long mengatakan semuanya telah selesai…

Pengadu, 2021

Bagaimanapun selepas tiga tahun berlalu, ejen syarikat terbabit tiba-tiba menghubungi dan mendakwa bahawa pihaknya tidak menerima sebarang pembayaran daripada pengadu.

Tak hanya itu, ejen berkenaan mengirimkan WhatsApp mengugut untuk menyimbah darah babi di rumahnya…

Lebih kurang bulan Julai lalu, ada seorang ejen hubungi saya katanya pinjaman saya masih belum selesai dan saya dikatakan tidak membuat sebarang pembayaran.

Mereka juga ada mengugut untuk simbah darah babi di rumah saya, namun saya buat abaikan saja.

Pengadu, 2021
Gambar Sekadar Hiasan

Tambahnya lagi, sindiket terbabit turut menghantar surat kepada jiran melalui pos supaya mendesaknya melangsaikan hutang. Apa yang membuatkan pengadu buntu apabila kesemua bukti pembayaran telah hilang memandangkan ia berlaku pada tiga tahun lalu…

Sekali terjebak, sukar untuk berpatah balik… Inilah yang akan terjadi jika anda cuba meminjam ceti haram! Hal ini akan meletakkan kehidupan anda dalam risiko tinggi.

Percaya atau tidak, sudah ramai mangsa telah diseksa dari fizikal dan mental oleh ceti haram ini. Jadi, mengapa anda mahu membiarkan semua ini berlaku pada diri anda sendiri atau ahli keluarga anda?

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights