Gara-gara percayakan ‘pihak ketiga’, seorang warga emas mendedahkan anak bongsunya kini menjadi mangsa penipuan dan buruan ah long. Dua beranak ini hidup dalam ketakutan apabila mereka sering diganggu oleh Ah Long walaupun tidak berhutang sesen dengan sesiapa.

Menurut wanita berusia 57 tahun itu, segalanya bermula disebabkan ada pihak ketiga telah menyalahgunakan maklumat peribadi anaknya untuk membuat pinjaman dengan ceti haram.

Anak bongsu saya diugut Ah Long dan perkara itu berlanjutan selama hampir setahun… Ada pihak ketiga yang salah guna maklumat anak.

Pengadu, 2021
Gambar Sekadar Hiasan

Paling dirisaukan, keadaan anaknya kini yang ‘depression‘ berikutan berada dalam senarai dikehendaki sindiket terbabit.

Difahamkan, siri ugutan tersebut diterima mereka hampir setiap minggu untuk menangih hutang sedangkan anaknya tidak tahu menahu berkenaan hutang yang dituntut.

Anak saya sekarang trauma serta kemurungan sehingga berfikir untuk bunuh diri. Setiap minggu ah long minta bayar hutang mereka sedangkan anak saya tak pernah buat apa-apa pinjaman.

Pengadu, 2021

Enggan membiarkan diri terus diburu, si anak mengambil keputusan untuk menukar akaun bank. Namun sindiket terbabit bijak selain terus menggesa mangsa untuk membayar jika tidak mahu perkara buruk berlaku.

Bukan saja tukar akaun bank, segala akaun sosial media turut ditutup dan telah membuat laporan polis. Namun mereka tetap kejar. Saya juga tertekan, dan apa yang menimpa ni mungkin juga dari kesilapannya yang lalu…

Pengadu, 2021

Buntu memikirkan cara bagi menyelesaikan masalah tersebut, pengadu justeru memohon bantuan Semboyan Malaysia.

Ingat, kes kecurian identiti memang sukar diselesaikan… kerana ia amat susah untuk membuktikan bahawa anda sendiri tidak memohon pinjaman tersebut, malah informasi dan dokumen sebenar anda telah digunakan dalam permohonan.