Dituduh Tak Menyabar, 1 Geng ‘Terjerat’ Sindiket Pelaburan -“Rasa Diri Dipermainkan..”

Satu ‘geng’ menanggung rugi gara-gara mendengar saranan rakan untuk menyertai pelaburan emas dengan janji pulangan keuntungan tinggi.

Menurut pengadu berusia 51 tahun, semuanya bermula selepas diperkenalkan mengenai pelaburan tersebut melalui rakannya pada Oktober tahun lalu.

Kawan saya ada datang jumpa saya di kampung, dan ajak buat pelaburan emas… Atas penerangan yang diberikan saya berminat untuk melabur dalam pelaburan ni.

Pengadu, 2021

Selepas melabur dengan satu jumlah yang besar dan berjaya mendapat pulangan modal seperti yang dijanjikan, pengadu kemudian mengajak beberapa kenalan untuk turut serta dalam skim pelaburan tersebut.

Awalnya pembayaran ‘on time‘, namun lama-kelamaan individu terbabit culas membayar sekali gus membuatkan ramai pelabur hilang kepercayaan. Pun begitu, individu terbabit cuba menyakinkan pelabur-pelabur bahawa mereka tidak perlu bimbang kerana telah lama berkecimpung dalam dunia pelaburan ini.

Saya pun ada mencadangkan pada kawan-kawan lain… ramai juga yang join, pada mulanya semua dapat merasa untung dalam dua ke tiga kali pembayaran.

Tapi selepas itu, pembayaran keuntungan mulai lambat sampai berminggu-minggu.

Pengadu, 2021
Gambar Sekadar Hiasan

Gara-gara tidak tahan diri asyik ditipu, pelabur-pelabur tersebut terus mendesak supaya pihak berkenaan membayar semula bahagian mereka. Awalnya sindiket terbabit bersetuju, namun gagal.

Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila bukan sahaja tidak mendapat apa-apa hasil daripada pelaburan yang dibuat bahkan tidak dapat mengeluarkan wang hasil keuntungan pelaburan yang dibuat.

Selepas didesak hampir setiap hari, dia cakap sesiapa yang tidak sabar boleh ambil balik modal. Semua pelabur setuju tapi sampai sekarang takda apa-apa.

Dah WhatsApp berkali-kali dia diam, berhari-hari senyap je, saya rasa macam dipermainkan…

Pengadu, 2021

Justeru, pengadu tampil membuat laporan kepada pihak Semboyan Malaysia bagi mendapatkan khidmat nasihat. Semboyan Malaysia menganggap kes tersebut sebagai satu kezaliman kepada mangsa-mangsa apabila menggunakan wang simpanan hasil keringat mereka untuk melabur.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights