Kemelut memperlihatkan jenayah rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa dan penyelewengan membabitkan peguam bukan lagi satu isu asing masa kini…

Harapkan pagar, pagar makan padi. Individu yang sepatutnya memegang amanah, ternyata sanggup melakukan jenayah penipuan.

Baru-baru ini, pihak Semboyan Malaysia menerima laporan daripada seorang lelaki mendakwa dirinya dianiaya peguam. Menurut pengadu, dua peguam telah dilantik bagi menguruskan tuntutan insuran berikutan terlibat dalam sebuah nahas jalan raya.

Saya terlibat dalam kemalangan pada 2019 lalu, dan saya lantik dua peguam untuk uruskan tuntutan insuran. Selepas disertakan bukti-bukti, saya menang kes RM40,000…

Pengadu, 2021
Gambar Sekadar Hiasan

Bagaimanapun, masalah mulai timbul apabila kesemua wang tuntutan insuran bernilai RM40,000 itu gagal diterima. Menurut ejen insuran terbabit, kesemua wang itu telah dimasukkan ke dalam akaun milik peguam mangsa.

Selepas diselidik, ternyata dua peguam yang dilantik mangsa melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang insuran bagi kegunaan sendiri.

Masalah sekarang, bila saya nak dapatkan balik duit tersebut saya dimaklumkan duit insuran itu telah dimasukkan ke dalam akaun peguam…dan mereka telah ‘songlap‘.

Pengadu, 2021

Enggan membiarkan diri terus ditipu, pengadu bersemuka bersama suspek bagi mendapatkan penjelasan berhubung kes tersebut disamping cuba selesaikan masalah secara baik. Setelah berbincang, kedua-duanya berjanji untuk bayar kembali wang yang telah digunakan secara ansur namun gagal.

Mengejutkan lagi, ternyata bukan dirinya sahaja yang menjadi mangsa tetapi sudah ramai yang terjebak dengan penipuan ini. 

Mereka janji nak bayar ansur…tapi sampai ke hari ini cuma RM700 saja yang saya dapat. Saya juga dimaklumkan bukan saya seorang saja yang terkena, rupanya ramai lagi client yang ditipu.

Pengadu, 2021

Buntu memikirkan cara untuk mendapatkan semula wang tersebut, pengadu justeru melaporkan aduan kepada pihak Semboyan dalam mencari penyelesaian berhubung masalah ini.

Orang ramai dinasihati supaya lebih peka terutama jika melibat kewangan. Dalam situasi ekomoni yang semakin teruk, ramai ‘penyangak’ cuba ambil kesempatan.. Jadi buka mata dan jangan mudah terpedaya dengan mana-mana pihak.