Gara-gara terpedaya dengan pujuk rayu kenalan wanita, hasrat seorang lelaki untuk berjinak-jinak dalam dunia pelaburan musnah sekelip mata selepas mengalami kerugian puluhan ribu ringgit.

Menurut mangsa, selain ditawarkan keuntungan yang tinggi pengendali skim terbabit turut menjanjikan akan kembalikan kesemua modal jika pelaburan tersebut gagal. Dek kerana percaya dengan janji-janji manis tersebut, pengadu berusia 30 tahun itu akhirnya bersetuju untuk melabur.

Dia ada tawarkan saya satu pelaburan dengan keuntungan lipat ganda dari modal asal. Dan dia juga menjanjikan pulangan 100% kepada saya jika pelaburan itu tak menjadi…

Pengadu, 2021

Namun malangnya sehingga hari ini tiada sebarang pembayaran balik modal dilakukan oleh suspek. Turut difahamkan, lebih 100 mangsa diperdaya oleh sehingga melibatkan kerugian lebih satu juta ringgit.

Menyedihkan lagi, ramai warga emas turut diperdaya sehingga sanggup mengeluarkan simpanan termasuk wang pencen masing-masing.

Saya dapat tahu dia telah menipu lebih 100 mangsa dengan jumlah melebihi satu juta ringgit. Sampai hari ini, dia tidak memulangkan kembali duit modal kepada mangsa-mangsa.

Bahkan ada antara mangsa yang terpaksa guna duit ‘pencen’ dan duit simpanan terakhir ahli keluarga yang miskin…

Pengadu, 2021
Gambar Sekadar Hiasan

Menurut mangsa, sehingga kini pengendali skim terbabit lagi masih aktif menjalankan penipuan pelaburan ini dan menjerat lebih ramai mangsa.

Kami di pihak Semboyan Malaysia bagaimanapun berharap agar orang ramai tidak mudah terpedaya dengan sebarang skim pelaburan yang menawarkan pulangan tinggi dan tidak munasabah daripada mana-mana pihak.