Rugi Lebih RM14,000 Lelaki Ditipu Sindiket Pinjaman Wang..

Seorang lelaki mengalami kerugian lebih RM14,000 selepas diperdaya sindiket pinjaman wang berlesen melalui Facebook.

Pengadu berusia 41 tahun itu, dikatakan tertarik dengan iklan pinjaman berlesen selepas melayari sebuah laman sesawang. Selepas beberapa hari, ejen dari syarikat pinjaman wang berlesen berkenaan menghubungi mangsa dan menawarkan pinjaman sebanyak RM30,000..

Setelah menandatangi borang perjanjian, esoknya saya dihubungi ejen meminta untuk menjelaskan colateral fee sebanyak RM900…kemudian ejen tersebut meminta saya bayar yuran guaman sebanyak RM1698.98 yang mana sudah termaktub di dalam borang perjanjian.

Saya telah membuat transaksi seperti yang diminta tetapi setelah selesai pihak ejen mengatakan saya tersilap masukkan detail pada ruangan detail payment dan meminta saya membuat sekali lagi pembayaran sebanyak RM1698.98.. Saya akur dan mengikut sahaja kemahuan ejen terbabit tetapi ejen itu masih mengatakan bahawa saya membuat silap dan perlu menyelesaikan bayaran tersebut.

Tanpa ingkar saya terus membuat pembayaran.. dan ini bermakna saya telah membuat 3 kali transaksi dengan jumlah RM5096.94.

Pengadu, 2021
Gambar Sekadar Hiasan

Mangsa kemudian diminta membuat pembayaran wang duti setem kononnya untuk tujuan proses pinjaman sebelum kontraktor itu memasukkan wang seperti diminta. Tidak hanya itu, suspek sekali lagi mendesak mangsa membayar sejumlah wang untuk tujuan wang pemprosesan, yuran guaman dan pelbagai alasan lagi.

Selang sejam mereka sekali lagi hubungi saya dan memaklumkan pihak peguam tidak dapat memproses permohonan saya.. dan perlu menjelaskan stamp duty RM2,000 disebabkan kesilapan saya membuat 3 kali pembayaran lawyer fee.

Pengadu, 2021

Pengadu yang tidak mensyaki apa-apa kemudian mengikut arahan diberikan suspek dan membuat pelbagai bayaran menjadikan jumlah keseluruhan wang dipindahkan berjumlah  RM14,496.94.

Mangsa bagaimanapun mula curiga selepas pinjaman yang dimohon gagal diluluskan syarikat itu. Justeru, pengadu tampil membuat laporan ke Semboyan Malaysia..

Gambar Sekadar Hiasan

Apa yang penulis boleh katakan, kes seperti ini bukan lagi kes penipuan baru… Malah sudah lama berleluasa di negara kita. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini, selamba mengambil kesempatan ke atas individu yang terdesak nak pakai wang.

Siapa sahaja apabila dah terdesak sudah pasti mudah percaya, terutama jika pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut menabur janji-janji manis untuk mempengaruhi mangsa mereka.

Secara peribadi, sudah pastinya saya amat marah apabila mendengar tentang perkara ini. Bukan sahaja pihak yang tidak bertanggungjawab ini menipu wang ringgit mangsa, bahkan mereka secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada agensi yang benar-benar menguruskan permohonan pinjaman peribadi bank.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights