Seiring dengan peredaran zaman yang semakin ke hadapan, ramai orang mula memikirkan 1001 cara sebagai survival meneruskan hidup.

Melihat kepada senario zaman sekarang yang begitu dekat dengan sosial media, nampaknya ramai anak muda berminat untuk menjadi ‘instafamous‘. Ya, memiliki ribuan dan jutaan followers di media sosial, pastinya menjadi dambaan ramai orang.. Bukan sekadar menjadi kebanggaan, tetapi memiliki jutaan pengikut mampu menjana pendapatan.

Namun tanpa strategi yang betul, mungkin kehidupan sendiri boleh berada dalam situasi membimbangkan. Begitu juga dengan nasib seorang gadis ini apabila hasratnya mahu memiliki 10,000 followers di Instagram (IG) telah memakan dirinya sendiri!

Gambar Sekadar Hiasan

TAKUT!! Perasaan itu tiba-tiba mengoncang jantung gadis berusia 27 tahun.. rasa bersalah dan jijik atas apa yang telah berlaku. Menurut mangsa yang berasal dari Banting, Selangor ini, segalanya berubah selepas dia menghubungi seorang individu bagi tujuan membeli followers di Instagram.

Saya telah menghantar DM ke satu akaun Instagram untuk membeli followers dan dia beritahu, limit saya boleh dapat adalah 15,000 pengikut.. Saya bersetuju untuk membeli 10,000 followers.

Dia minta saya kongsi code 2 factor authentication dan menukar emel saya di IG kepada emelnya.

Pengadu, 2021

Pengadu kemudian menghubungi individu terbabit menerusi aplikasi WhatsApp bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Tanpa disangka-sangka, suspek meminta dan memaksa gadis berkenaan untuk menghantar gambarnya dalam keadaan mengaibkan.

Gara-gara bimbang akaun sosial medianya disalahgunakan, pengadu akhirnya akur dan menuruti kemahuan individu tersebut. Mangsa turut mendakwa terima ugutan daripada si fulan berkenaan yang mahu menyebarkan gambar dan video aibnya di media sosial.

Dia minta saya hantar gambar tidak berbaju..saya cuba mengelak dan bagi banyak alasan tapi dia berulang-ulang ugut untuk jual akaun IG saya kepada orang lain..

Saya akhirnya terpaksa hantar gambar tanpa baju sampai paras atas pinggang.. Selang beberapa minit, dia sekali lagi minta saya untuk hantar gambar dan video tanpa seurat benang dari atas hingga bawah di katil.. Saya masih menolak dan merayu tapi dia semakin galak mengugut untuk sebarkan gambar saya..

Pengadu, 2021

Tertekan dengan ugutan selain dihimpit rasa takut, pengadu nekad untuk tampil membuat laporan kepada pihak PPSM sekali gus berharap agar individu terbabit mengembalikan semula akaun sosial medianya.

Orang ramai khususnya pengguna media sosial diingatkan supaya tidak berkongsi sebarang maklumat atau dokumen peribadi kepada individu tidak dikenali. Ini adalah kerana, maklumat tersebut boleh dimanipulasi bagi tujuan jenayah..