Bunga Saja Cecah RM5K, Mangsa Diugut.. Akaun Bank Ejen Ah Long Pegang!

Sudah sekali terjebak, sukar untuk berpatah balik! Itulah yang terjadi pada seorang mangsa ‘lintah darat’ ini..

Angkara meminjam RM2,000 daripada Ah Long, pengadu terpaksa menanggung kadar bunga mencecah RM5,000. Lebih malang lagi apabila akaun bank milik lelaki berusia 30 tahun ini turut dipegang sebagai cagaran dan tanpa rasa bersalah menukar kata laluan akaun tersebut sesuka hati.

Dakwanya, perkara itu hanya diketahui sekitar dua bulan lalu.

Saya ada membuat pinjam sebanyak RM2,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM326.. jadi sehingga bulan ini saya telah membayar RM4,238, tetapi ini hanya bunga.. bukan bunga + pokok!

Lepas mengetahuinya pada 2 bulan lepas, saya tidak mahu membayarnya lagi. Dan mereka bertindak menukar kata laluan online banking saya sekali gus mengambil duit pinjaman saya tanpa memberikan bukti (resit).. Kad bank saya dikawal sepenuhnya oleh mereka.

PENGADU, 2021

Difahamkan, ia merupakan pinjaman kedua dari syarikat yang tersebut. Jelas pengadu yang berasal dari ibu kota ini, pinjaman dibuat selepas yakin akan pengoperasian syarikat pinjaman wang berkenaan selain didaftarkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Namun apa yang menyusahkan, bila mana mangsa berusia 30 tahun ini terpaksa merayu meminta ejen terbabit membuat transaksi kepadanya setiap kali gaji bagi kegunaan perbelanjaan keluarga. Bahkan individu tersebut turut mengugutnya untuk membayar sejumlah wang bagi ‘menutup hutang’.

Apabila gaji telah masuk, saya terpaksa minta mereka untuk transfer kepada saya. Jika dia MC, saya terpaksa menunggu dia datang kerja. Saya juga diminta untuk membayar RM2,5000 jika mahu hutang selesai. Kalau tidak, saya harus membayar RM326 selama tiada tempoh ditetapkan.

Perjanjian saya juga ditukar sesuka hati dan tidak mendapat salinan selain tidak berhak untuk melihat..

PENGADU, 2021

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan individu atau sindiket yang sentiasa menabur kata-kata manis sebelum menawarkan perkhidmatan pinjaman wang. Ingat, jika anda gagal melunaskan hutang..mereka akan bertindak ganas sehingga sanggup MEMBUNUH!

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights