Tuan Rumah Langgar Perjanjian! Selamba Ambil Kesempatan, Kos Selenggara Penyewa Tangung

Konflik antara tuan rumah dan penyewa bukan lagi satu isu yang baharu.. Lebih menyedihkan, bila mana ramai penyewa di luar ditindas tanpa mengetahui akan hak mereka sebagai penyewa hingga diusir keluar tanpa sebarang notis yang jelas.

Pernah tak anda terfikir, sekiranya berlaku kerosakan di premis sewaan.. siapakah yang bertanggungjawab untuk memperbaikinya? Pemilik rumah atau penyewa?

Gambar Sekadar Hiasan

Baru-baru ini, pihak Semboyan Malaysia menerima satu laporan daripada seorang pengadu mendakwa telah ditindas oleh pemilik rumah. Menurut lelaki berasal dari Selangor ini, tuan rumahnya telah memungkiri perjanjian sewa rumah.

Saya baru sahaja pindah ke rumah baru di sekitar Sg Chua Kajang.. Mengikut perjanjian yang ditandatangi dan persetujuan bersama bayaran sewa ok..tetapi menjadi tidak bertanggungjawab atau penindasan apabila tuan rumah ‘langgar’ agreement.

Pengadu, 2021

Di dalam perjanjian telah dimaklumkan bahawa pengadu tidak perlu membayar sebarang yuran penyelenggaraan kecuali wang pendahuluan rumah dan bayaran bulanan. Malangnya, selepas beberapa bulan pengadu diminta untuk melunaskan yuran penyelenggaraan rumah, sedangkan semasa menandatangani perjanjian ia tidak dinyatakan.

Dakwa lelaki berusia 34 tahun ini, dirinya turut didesak oleh pihak security supaya membayar kos selenggara. Malah pemilik rumah juga seperti ‘tarik tali’ saat diutarakan perkara ini..

Saya sebagai penyewa bila masuk ke rumah ini tiba-tiba saya perlu membayar tambahan RM30 setiap bulan kononnya untuk security.. padahal dalam perjanjian tidak nyatakan perkara ini.

Pengadu, 2021

Di sini penulis kongsikan, apakah tindakan yang boleh diambil jika tuan rumah tidak membayar yuran penyelenggaraan..

  • Akta Hakmilik Strata 2013

Di bawah akta ini, tuan rumah wajib membayar yuran penyelenggaran dan kumpulan wang pelepas. Jika gagal, badan pengurusan berhak merampas semula aset atau boleh ditamatkan perjanjian sewa serta-merta!

  • Tahu Hak Anda Sebagai Penyewa!

Sebagai penyewa apa yang boleh dilakukan? Oleh kerana, badan pengurusan hanya bertindak mengikut undang-undang, jalan penyelesaian untuk anda terletak pada hubungan dengan tuan rumah.

Iaitu berdasarkan perjanjian sewa rumah yang ditandatangani kedua-dua belah pihak. Dalam kes ini, anda harus semak perjanjian sewa rumah jika ia mempunyai terma menghendaki tuan rumah membayar yuran penyelenggaraan.

Jika ada kegagalan dan tidak melunaskan bayaran penyelenggaraan bermakna dia telah melanggar perjanjian.

Anda sebagai penyewa, berhak memberi notis kepada tuan rumah menuntutnya mematuhi perjanjian dengan membayar yuran penyelenggaraan. Dan sekiranya tuan rumah enggan membayar, anda boleh merujuk klausa penamatan untuk membatalkan penyewaan dengan lebih awal, selaras dengan terma perjanjian sewa rumah.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights