Hingga ke hari ini dunia sering diperlihatkan dengan tanda-tanda akhir zaman serta petanda Kiamat yang semakin dekat akan kehadiran Dajjal.

Dajjal digambarkan dalam hadis-hadis Nabi sebagai seorang pendusta yang sebelah matanya buta, tertulis di antara dahinya huruf ‘kaf, fa dan ra‘ atau kafir..

  مَابُعِثَ نَبِيٌّ إِلَّاأَنْذَرَأُمَّتَهُالأَعْوَرَالكَذَّابَ، أَلاَإِنَّهُ أَعْوَرُ، وَإِنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأَعْوَرَ، وَإِنَّ بَيْنَ عَيْنَيْهِ مَكْتُوبٌ كَافِرٌ               

Tidaklah diutus seorang nabi, melainkan dia mengingatkan kaumnya tentang si buta sebelah, sang pendusta. Ketahuilah Dajjal itu buta sebelah dan Tuhan kalian tidak buta sebelah. Di antara dua matanya tertulis: Kafir” [HR. Bukhari, 7131]

Nabi SAW bersabda:

وَعَمَّتِهِ وَأُخْتِهِ وَابْنَتِهِأُمِّهِوَإِلَىلِيَرْجِعُالرَّجُلَ إِنَّ حَتَّى النِّسَاءُإِلَيْهِ يَخْرُجُ مَنْ أَكْثَرَفَ يَكُونُ قَنَاةَبِمَرِّالسَّبَخَةِهَذِهِ فِى الدَّجَّالُ يَنْزِلُ إِلَيْهِ تَخْرُجَ أَنْ مَخَافَةَرِبَاطاًفَيُوثِقُهَا

“Dajjal akan turun ke Mirqonah (nama sebuah lembah) dan majoriti pengikutnya adalah kaum wanita, sehingga seseorang akan pergi menemui isterinya, ibunya, puterinya, saudarinya dan mak ciknya kemudian mengikatnya kerana khuatir keluar menuju Dajjal”. [Hadis Riwayat Ahmad, 2: 67]

Bahkan ketika itu, Dajjal akan bermaharajalela menawarkan segala macam kemewahan dan nafsu bagi mengaburi mata umat manusia khususnya Muslimin. Dan sebilangan besar adalah kaum wanita, kaum Yahudi, bangsa Turki bukan bangsa Arab dan ramai lagi.

Sabda Rasulullah SAW, “Maka ikatlah anak-anak perempuan, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajjal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajjal dan meninggalkan segala-galanya”.

Justeru, kaum lelaki perlulah memainkan peranan penting untuk menjaga dan pelihara mereka daripada segala fitnah serta menasihati mereka dengan nilai-nilai iman dan Islam ke dalamnya. Agar dapat melepaskan diri mereka dari tipu daya licik syaitan dan Dajjal.

Usah biarkan isteri, anak-anak dan saudara perempuanmu hanyut dibuai hembusan-hembusan fitnah Dajjal laknatullah ini!

Amallah sepuluh ayat terakhir dari Surah al-Khafi sebagai pelindung diri.

InsyaAllah, semoga Allah SWT menjauhkan fitnah Dajjal Laknatullah dan melindungi kita semua.. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.