Scam! Itu sahaja yang boleh penulis cakap..

Ketika ramai yang berdepan cabaran ekonomi dan mengharapkan pendapatan tambahan.. ada pihak tidak bertanggungjawab melakukan penipuan pelaburan emas dengan menjanjikan pulangan ganda.

Baru-baru ini, seorang wanita berusia 32 tahun tidak terkecuali menjadi mangsa kepada penipuan sindiket pelaburan emas. Pengadu yang berasal dari Johor ini mengakui mula terjebak selepas dipelawa rakan sekerjanya pada 2018 lalu. Dek kerana dikaburi dengan janji pulangan keuntungan tinggi, beliau akhirnya bersetuju untuk melabur sebanyak RM50,000.

Saya diperkenalkan oleh rakan kerja yang turut sama melabur. Persetujuan asal mengatakan setiap lot RM10,000 akan memberi pulangan sekitar RM400 setiap bulan..

Pengadu, 2021

Awalnya, pembayaran pulangan keuntungan berjalan lancar.. namun mulai sangsi apabila keuntungan sejak awal tahun lalu (2020) gagal diterima, selain memberi pelbagai alasan untuk sedikit tempoh masa lagi.

Tidak mahu dirinya terus ditipu, pengadu justeru mengambil keputusan untuk menarik diri dan keluarkan semula kesemua modal yang telah dilaburkan. Malangnya, cubaan untuk menghubungi individu terbabit gagal apabila nombor telefon telah disekat.

Saya ada wujudkan sebuah grup WhatsApp untuk kumpulkan kesemua mangsa dan ternyata ramai yang menjadi mangsa selain alasan yang diberikan sama.. kononnya excident, telefon bimbit rosak dan pasaran jatuh..

Mengejutkan lagi, ternyata bukan dirinya sahaja yang menjadi mangsa tetapi sudah ramai yang terjebak dengan penipuan ini sehingga melibatkan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.

Apa yang lebih menyakitkan, bila mana ‘penyangak’ terbabit masih bebas mempamerkan kekayaannya.. Sedangkan mangsa-mangsanya tersepit dalam kerugian sehingga ada antara mereka yang hilang pekerjaan dan jatuh sakit.

Semboyan Malaysia sebelum ini juga pernah mendedahkan kes penipuan sindiket pelaburan membabitkan seorang wanita yang diperdaya oleh bapa tirinya sendiri.

Mangsa yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu menanggung kerugian lebih RM18,000 selepas setuju melabur di dalam salah satu projek warga emas berkenaan.

Justeru, kami dari Semboyan Malaysia berharap orang ramai agar sentiasa berhati-hati sebelum menyertai sebarang bentuk pelaburan yang meragukan. Bagi menggelakkan penipuan seperti ini, orang ramai dinasihatkan membuat semakan ke atas nombor telefon dan nombor akaun yang meragukan di aplikasi ‘check scammers‘.