Peringatan Untuk Umat Manusia: Kiamat Hampir Tiba..

Sedar tak sedar dalam hadis Rasullah SAW, sering kali disebutkan berkenaan tanda-tanda kiamat pada akhir zaman.

Dan inilah peristiwa yang paling menakutkan bagi umat islam, di mana setiap makhluk yang diciptakan di dunia akan hancur binasa..

Kali ini, penulis sertakan sedikit rumusan yang dipetik daripada portal rasmi Mufti Wilayah Persekutuan bagi mengelakkan unsur ketidakpastian tentang tanda-tanda kiamat besar..

Nabi SAW bersabda:

Sesungguhnya ia (hari Kiamat) tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelum daripadanya sepuluh tanda”. Baginda SAW menyebut (tanda-tanda tersebut): Asap, Dajjal, al-Dabah, terbitnya matahari dari barat, turunnya Nabi Isa anak kepada Maryam, Yakjuj dan Makjuj dan tiga gerhana iaitu satu gerhana di Timur, satu gerhana di Barat dan satu lagi gerhana di rantau atau jazirah Arab. Seterusnya, yang terakhir adalah keluarnya api dari Yaman yang menghalau manusia ke Mahsyar mereka”.

Hadis di atas sangat jelas, memberitahu kita bahawa di akhir zaman kelak akan berlaku peristiwa-peristiwa berikut:

Gambar Sekadar Hiasan
  • Munculnya Imam Mahdi

Baginda Rasulullah SAW bersabda, “Akan keluarlah manusia dari sebelah timur, lalu mereka pergi menemui Mahdi, yakni untuk mengikuti pemerintahannya”.

Menurut hadis, Imam Mahdi adalah imam terakhir yang tiada lagi imam sesudahnya dan seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, Imam Mahdi akan datang ketika berlakunya hari Kiamat.

Beliau akan memimpin dunia selama selama 7 atau 9 tahun lamanya untuk membawa kaum Muslimin bagi memerangi kezaliman sehingga satu demi satu kezaliman akan tumbang takluk di bawah kekuasaanya dan hanya kebaikan akan berkekalan.

  • Munculnya Al-Masih Dajjal

Mengapa ia disebut Al-Masih? kerana penampilan yang kehilangan sebelah mata dan bentuk badannya yang buruk. Dajjal diciptakan sebagai sebagai makhluk yang dilaknat kerana berlaku kufur dan mengaku dirinya sebagai tuhan.

Bahkan, di antara kedua matanya tertulis kalimat KAFIR yang dapat dibaca oleh setiap mukmin.

Di akhir zaman nanti akan terjadinya kemarau panjang, hujan tidak turun, tumbuhan tidak tumbuh dan dunia semakin kering kontang, sementara manusia dalam kelaparan, kehausan dan banyak penyakit melanda.

Ketika itulah si Dajjal ini dengan hebatnya memerintahkan langit menurunkan hujan dan menyuruh bumi mengeluarkan tumbuhan, dan ia benar-benar berlaku.

Kemudian dia menyuruh sungai supaya mengalir membasahi kekeringan bumi bahkan dia boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka, ramailah yang menjadi pengikut dan beriman kepada Dajjal. Wallahua’lam

Bagaimanapun, di ambang kegemilangannya, Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa di Kota Bab Lud, Palestin.

  • Turunnya Isa Bin Maryam

Nabi Isa adalah nabi kedua terakhir yang diutuskan Allah SWT, dan dari keterangan hadis Nabi Muhammad SAW diceritakan bahawa menjelang hari kiamat, Nabi Isa akan diturunkan oleh Allah SWT dari langit ke bumi.

Hal pertama yang akan dilakukan Nabi Isa setelah turun dari langit adalah menunaikan solat sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadis dan Nabi Isa akan menjadi makmum dalam solat yang diimamkan oleh Imam Mahdi.

Ketika Dajjal bermaharajalela pada akhir zaman, Nabi Isa akan datang untuk membunuhnya serta memimpin umat Nabi Muhammad berada di jalan yang benar, manakala agama selain Islam akan dihapuskan.

Dikatakan, turunnya Nabi Isa As berdekatan dengan Menara Putih di Timur Damsyik dan akan memerintah dunia dengan adil selama 40 tahun dan setelah beliau wafat kemudian dunia akan mengalami kiamat.

  • Keluarnya Yakjuj’ dan Makjuj’

Yakjuj dan Makjuj adalah keturunan Nabi Adam dari anak Nabi Nuh AS (Yafis). Mereka merupakan dua kaum yang telah lama hidup di sebalik dua gunung sejak zaman Nabi Ibrahim sehingga kini. Mereka juga dikatakan umat yang kufur kepada Allah SWT dan sekelompok manusia yang memiliki kekuatan sebagai perosak dan penghancur kehidupan di muka bumi.

Bebasnya Yakjuj’ dan Makjuj’ menjadi tanda besar kiamat. Dalam satu hadis Nabi Muhammad SAW bersabda, “…di antara Yakjuj dan Makjuj seramai 999 dan dari kalian satu” [HR Al-Bukhari]

Itulah nisbah Yakjuj’ dan Makjuj’ dan manusia menunjukkan betapa ramainya mereka bahkan Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya Yakjuj’ dan Makjuj’ termasuk anak keturunan Nabi Adam.. andai kata mereka dilepaskan nescaya mereka akan merosakkan kehidupan manusia.”

Gambar Sekadar Hiasan
  • Matahari terbit dari barat

Setelah wafatnya Nabi Isa, masih ada manusia yang taat mematuhi ajaran Islam dan banyak yang kembali kufur kepada Allah SWT. Tidak lama kemudian, alam semesta telah mengalami perubahan besar yang tidak pernah berlaku selama ini.

Di mana waktu malam terasa terlalu lama dan panjangnya sama seperti dua malam (sesetengah riwayat mengatakan tiga malam). Bahkan ramai antara mereka keluar dari rumah masing-masing untuk bertanya kepada jiran mengapa dunia masih gelap.

Malangnya, Allah SWT telah menghentikan matahari daripada melakukan tugasnya, dan Allah SWT berfirman, “Diamlah engkau di sini“. Maka, matahari sunyi selama dua malam hingga Allah SWT memerintahkan untuk “Terbitlah dari tempat kamu terbenam“, dan kemudian matahari terbit dari ufuk barat.

Hakikatnya, sama ada mereka orang Islam atau orang kafir, mereka semua menangis kerana hampirnya hari kiamat. Namun tangisan dan taubat itu tidak berguna lagi kerana Allah SWT telah menutup semua pintu taubat dan pintu syurga.

Sumber: Facebook

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights