Tawar Pulangan Lipat Ganda & Saguhati, Wanita Hangus Lebih RM18,000 Ditipu Ayah Tiri

Sudahlah pulangan modal dan saguhati yang dijanjikan tak dapat, wang simpanan bersama rakan pula lesap!

Nasib malang inilah yang menimpa seorang wanita apabila hasratnya ingin berjinak-jinak dalam dunia pelaburan musnah sekelip mata sehingga menanggung kerugian lebih RM18,000..

Tampil berkongsi perkara tersebut, pengadu yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu bagaimanapun meluahkan rasa terkilan selepas ditipu oleh bapa tirinya sendiri yang juga seorang ahli perniagaan dan kontraktor sivil.

Difahamkan, segalanya bermula selepas warga emas berkenaan mencadangkan pengadu dan rakannya supaya melabur di dalam salah satu projek beliau di Shah Alam. Malah beliau turut menjanjikan akan membuat pembayaran balik dalam tempoh 45 hari selepas projek siap sepenuhnya.

Gara-gara dikaburi dengan pulangan yang tinggi selain ditawarkan saguhati, kedua-dua mereka akhirnya bersetuju untuk melabur sebanyak RM18,700 dan telah mendatangani satu perjanjian bertulis.

Tetapi malangnya sehingga hari ini, tiada sebarang pembayaran balik modal dilakukan sebaliknya bapa tiri pengadu mohon untuk diberikan sedikit tempoh masa lagi.

Namun atas budi bicara, pengadu bersetuju meletakkan syarat menuntut supaya wang mereka dijelaskan pada setiap bulan bagaimanapun warga emas berkenaan gagal melunaskan.

Justeru, pengadu memohon khidmat Semboyan Malaysia bagi menyelesaikan masalah ini sekali gus menggesa agar individu terbabit mengotakan janji seperti mana yang tertera dalam perjanjian.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum melibatkan diri dalam apa-apa skim pelaburan saham. Dalam situasi ekomoni yang semakin teruk, ramai penyangak cuba ambil kesempatan.. Jadi buka mata dan jangan mudah terpedaya dengan apa-apa tawaran yang tidak masuk akal.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights