Mayat Tak Diterima Tanah, Pemimpin Islam Dilaknati Allah-“Ambillah Pengajaran..”

Nama Mustafa Kemal Ataturk tidak asing lagi bagi mereka yang gemar mengikuti perkembangan dunia pemerintahan Islam.

Kisah yang terpalit pada pemimpin Islam ini agak kontroversi, bila mana jasadnya dikatakan tidak diterima tanah selain dilaknati Allah SWT. Ia berikutan balasan di atas tindakan beliau dalam menjahamkan dan melenyapkan Islam di bumi Turki.

Merupakan presiden Turki yang pertama, Mustafa Kemal dikatakan pembawa ideologi sekularisma dan antara orang yang bertanggungjawab menghapuskan pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah.

Meskipun bergelar Islam, namun sayangnya pengasas republik ini menjadikan Islam sebagai musuhnya.

Ya! Seorang pengkhianat agama yang tidak dapat dibayangkan kejahatannya..

Malah mungkin tidak keterlaluan jika menggelarkan beliau sebagai ‘Firaun Moden‘! Ini kerana dikatakan beliau pernah suatu masa menyamakan dirinya dengan Tuhan (wallahua’lam).

  • Awal perjalanan hidup Ataturk

Menurut Ali Mufrodi, seorang pengkaji Islam dari University of Leiden Belanda dalam bukunya yang berjudul ‘Ensiklopedi Tematis Dunia Islam’ menceritakan, ketika kecil Mustafa Kemal Ataturk dimasukkan oleh ibu bapanya ke sebuah madrasah. Namun, beliau tidak menyukainya dan selalu menentang dan melawan guru-gurunya.

Ketika umurnya 12 tahun, Mustafa memasuki Sekolah Tentera Salonika dan meneruskan pelajaranya di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Dia kemudian menyambung ke akademi tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada 1325H (1907M). Seterusnya, ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Percaya atau tidak, di sinilah titik permulaannya dalam memerangi pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah dan sebagai penentang agama Islam.

***

Pada tahun 1922 (di zaman pemerintahan Sultan Mohammad IV), sistem kesultanan telah dimansuhkan walaupun Sultan Abdul Majid masih lagi kekal di atas takhta sebagai boneka. Kemudiaan ‘Republik Turki’ yang diimpikan oleh Mustafa Ataturk telah dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1923 dan beliau dilantik sebagai presiden Turki.

Dengan terlantiknya pemimpin sekular agung ini, maka dengan rasminya sistem khalifah dimansuhkan pada 3 Mac 1924. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara sosok ‘keparat’ ini!

Antara pembaharuan dan pemodenan besar yang dilakukan adalah:

a) Menandatangani Perjanjian Luzan

Sekitar awal abad ke-20M, Mustafah Ataturk menandatangani satu perjanjian dengan Inggeris dan kuasa bersekutu barat. 4 syarat yang perlu dipatuhi oleh beliau ialah:

  • Sistem Khalifah Islam mesti dihapuskan

Menghapuskan sesiapa sahaja penyokong Khalifah dan pejuang Islam di bumi Turki. Mengguna pakai perlembagaan Turki baru (sekular) sebagai ganti kepada perlembangan Turki lama.

  • Menukar Peraturan Syariat Islam dengan undang-undang Barat

Mustafar juga menukar undang-undang syariat Islam dengan undang-undang Barat (mengambil undang-undang dari Switzerland, undang-undang jenayah dari Itali, undang-undang perundangan dari Jerman).

  • Memisah dan mengasingkan urusan Agama dengan politik dan negara

Bagi menjayakan misi ini, beliau pernah menyebut “tidak ada politik dalam agama dan tidak ada agama dalam politik“. Ini bermasud beliau telah menerima dan melaksanakan fahaman sekular yang diambil dari Barat dalam sistem pemerintahannya.

Ia sememangnya bercanggah dengan ajaran Islam.. kerana Islam satu-satunya agama yang sempurna (meliputi segala urusan hidup manusia di dunia dan akhirat).

  • Azan ditukarkan dalam Bahasa Turki

Lebih berani lagi, apabila Mustafa Kamal keluarkan perintah kepada semua rakyat Turki Islam supaya azan dilakukan dalam Bahasa Turki.

Perintah tersebut masih lagi dilaksanakan sehingga ke hari ini! Ya, tidak boleh azan dalam Bahasa Arab sepertimana yang disyariatkan oleh Rasulullah S.A.W. Namun begitu, di beberapa tempat pedalaman umat Islam yang yakin kepada Islam tetap melaungkan azan dalam bahasa Arab secara senyap-senyap..

  • Al-Quran dalam Bahasa Turki

Bukan hanya azan dipaksa supaya dilaungkan dalam Bahasa Turki, bahkan Al-Quran juga hanya dibenarkan cetak dalam Bahasa Turki.

  • Memaksa perempuan membuka dan dedahkan aurat

Selain memaksa wanita Muslimah membuka aurat dan mengharamkan pemakaian tudung, beliau turut menggalakkan mereka berpakaian ala wanita Barat. Wanita dibenarkan bertudung namun harus memakai skirt.

Manakala kaum lelaki dilarang memakai serban, sebaliknya dipaksa pakai topi keras seperti yang dipakai oleh orang Barat Kristian.

  • Lain-lain pembaharuan yang dilakukan Mustafa Kemal Ataturk:
    • Menghapuskan penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
    • Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang Barat.
    • Menghapuskan Kementerian Wakaf dan menghapuskan Kementerian Perundangan Syariah.
    • Menukar masjid Ayasophia kepada muzium (sesetengah masjid dijadikan gereja).
    • Menutup masjid dan melarang dari bersembahyang berjemaah.
    • Membatalkan undang-undang waris, faraid secra Islam.
    • Agama Islam telah digugurkan sebagai agama rasmi negara.
    • Menganjurkan pesta dan minum arak dibenarkan.
    • Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan hingga membawa kepada penzinaan.
    • Melarang poligami dan benarkan perkahwinan berlainan agama.
    • Melarang umat Islam mengerjakan ibadah Haji.

Sementara itu, di saat akhir hayatnya, Allah SWT telah datangkan beberapa penyakit sehingga beliau terseksa..

  • Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
  • Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.

Pembantu rumahnya bahkan turut diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut bagi menyejukkannya. Malangnya, tindakan tersebut tidak membantu hilangkan kepanasan.

Gara-gara tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, Mustafa Kemal dihantar ke tengah lautan dan diletakkan di dalam bot dengan harapan akan merasa sejuk. Ternyata, panasnya tetap tidak hilang.

26 September 1938, beliau dikatakan pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan telah sedar tetapi hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau sekali lagi pengsan selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.

Sewaktu meninggal, tiada seorang pun yang memandikan, mengkafan, dan menyembahyangkannya. Sebaliknya jasad beliau diawet selama 9 hari 9 malam. Namun saat hendak dikebumikan, tanah tidak menerima jasadnya.

Mereka yang dipertanggungjawabkan sekali lagi mengawet jasadnya dan dimasukkan ke dalam muzium selama 15 tahun. Selepas 15 tahun, ketika hendak ditanam semula.. bumi sekali lagi tidak menerimanya.

Habis ikhtiar, jasad beliau akhirnya diletakkan di dalam keranda timah dan dibawa ke satu bukit ditanam dalam binaan marmar beratnya 44 tan.

Justeru, ingatlah bahawa kita hanya hamba yang menumpang di dunia ini.. Tidak ada sebarang kuasa yang mampu melawan kuasa sang pencipta dan jika kita berada di atas, tetaplah untuk terus berpegang pada agama suci Allah ini. Wallahua’lam

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights