Isu berhubung dua negara iaitu Palestin dan Israel boleh dikatakan agak panas ketika ini. Malah mitos kononnya kaum Yahudi akan kembali ke tanah air mereka adalah tiada kena mengena dengan Yahudi yang berada di Israel sekarang.
Ini kerana, mereka bukanlah penduduk asal Palestin atau Baitulmaqdis. Berdasarkan sejarah terdahulu, bangsa Yahudi awalnya datang dari Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat.
Kedaulatan dan kewujudan Palestin sebagai empayar Turki Uthmaniyyah runtuh di penghujung Perang Dunia Pertama dan diambil alih British sebelum diserahkan kepada bangsa Yahudi sebagai negara mereka yang sah pada 1948.
Awalnya tindakan mengambil alih kawasan yang diduduki penduduk Palestin ditolak keras oleh pihak Arab. Akan tetapi, dengan usaha licik merampas wilayah dan mengawal populasi serta memenangis permainan demografi, akhirnya penjajah pula yang diangkat sebagai ‘benang basah’ berdepan penentang pengganas.
- Negara Arab ditabdir oleh 2 kerajaan, rakyat Palestin terus ditindas
Negara Arab akhirnya telah dibahagikan kepada dua wilayah iaitu wilayah Palestin dan Yahudi, Israel. Tahun berganti tahun, masyarakat Yahudi semakin naik lemak apabila tidak malu menegaskan Palestin adalah tanah tradisi mereka.
Tidak hanya itu, Penduduk Arab sedia ada dizalimi pula dengan undang-undang rasis dan etnosentrik seperti perampasan tanah sesuka hati melalui Ordinan Tujuan Am yang membolehkan tanah dirampas untuk ‘kepentingan awam’, diskriminasi mendapatkan peluang pekerjaan, ketidakseimbangan dalam hak mendapatkan pendidikan.
Undang-undang ini pastinya sangat fleksibel dan lebih tertumpu kepada idea asas pembentukan Israel sebagai negara Yahudi atau Jewish State. Justeru, tidak mengejutkan apabila negara haram ini bertindak berlawanan dengan norma antarabangsa.
Penduduk Arab dalam Israel kini hanya mempunyai hak untuk menjadi rakyat dan bukan warganegara. Namun sebaliknya pula apabila hak untuk menjadi warganegara dinikmati penduduk Yahudi dalam Israel, malah ia turut dibuka kepada seluruh penduduk Yahudi di seluruh dunia yang mahu berhijrah ke sana melalui undang-undang Law of Return 1950 dan Citizenship Law of 1952.