Sesungguhnya pemakaian menjadi kayu ukur dalam menilai kemajuan seseorang. Tertarik dengan gaya pemakaian sesuatu kaum semasa beribadah, penulis hari ini ingin kongsikan beberapa pakaian yang dikenakan oleh wanita dan lelaki Yahudi.

Pakaian lelaki Yahudi di dalam ibadah mereka:

  • Kippah atau Kippot

Pakaian ini dipakai ketika mana mereka masuk beribadah di dalam Synagoge (rumah ibadat), perkahwinan atau pengebumian. Kippah bermaksud ‘kubah’ atau yarmulke dalam bahasa Yiddish. Ia dipakai oleh lelaki Yahudi untuk menunjukkan rasa hormat kepada Tuhan.

  • Shtreimel

Shtreimel merupakan jenis topi berbulu yang menutup kepala para Rabbi Yahudi. Malahan ada segelintir mereka di Jurusalem memakainya sejak mereka bar/bar mitvah (baligh). Biasanya ia diperbuat daripada bulu tulen dari ekor saber Kanada atau Rusia, kikir batu, baum marten atau rubah kelabu Amerika.

Biasanya ia dipakai selepas perkahwinan, di mana bapa pengantin bertanggungjawab membeli shtreimel untuk pengantin lelaki.

  • Tefillin

Tefilin adalah sebuah kotak yang diperbuat dari kulit dan berwarna hitam. Ianya dililit di kepala, manakala satu lagi tali hitam dililit pada bahagian lengan dan diikat dengan kemas.

Di dalam kotak hitam tersebut berisi beberapa 10 perintah (Ten Commandment) yang ditulis dengan tulisan tangan. Bagi golongan lelaki baligh, mereka biasanya memakai tefillin semasa perkhidmatan doa pagi.

Sementara itu, bagi golongan wanita Yahudi pakaian tertutup mereka serta Jilbab dikatakan persis wanita muslimah Islam. Pemakaian yang sopan menggambarkan ketakwaan agar tidak mengundang fitnah selain mampu menjaga tubuh badan daripada sebarang kebinasaan.

  • Frumka

Bagi seorang penganut Yahudi Ortodoks, wanita adalah satu sosok yang begitu dihormati dan seharusnya mendapat perlindungan. Kerana itu, pemakaian frumka diwajibkan atas mereka dengan mengenakan banyak lapisan pakaian di bawah atau selendang. Malah mereka turut menganggap suara wanita dan bunyi ketukan sepatu sebagai sumber godaan dan dosa besar.