Pemaju ‘Lepas Tangan’, Penduduk Bengang Aduan Tak Dilayan

Jalan utama tak disiapkan sepenuhnya, banjir, lampu jalan dan lorong tidak menyala. Itu antara permasalahan yang terpaksa dihadapi oleh rata-rata penduduk di sebuah taman perumahan di Kuantan.

Lebih parah lagi apabila pihak pemaju seolah-olah cuba ‘lepas tangan’ dan tidak bertanggungjawab hingga penduduk terpaksa menanggung kesannya.

Baru-baru ini, pihak Semboyan Malaysia menerima aduan daripada seorang individu meluahkan kekecewaan akibat ditindas oleh sebuah syarikat pemaju perumahan selain dikatakan mencabuli hak mereka sebagai pengguna. Turut difahamkan, pelbagai aduan sudah dikemukan berhubung masalah fasiliti melalui borang Defect Liability Period (DLP) kepada syarikat pemaju dan peguam pada 9 Januari 2021 untuk diteliti. Malangnya, tiada sebarang respon yang diterima.

Susulan itu, pada 15 Januari 2021, penduduk sebulat suara menyerahkan petisyen gara-gara tidak berpuas hati berhubung isu tersebut kepada pihak pemaju dan peguam.

Selang beberapa hari kemudian, pemaju akhirnya memberi maklum balas dengan menjelaskan bahawa lampu jalan sudah pun berfungi, manakala lampu lorong pula masih dalam proses penyelenggaraan TNB. Sementara, proses pemasangan pagar dan pembinaan jalan utama masih belum dilaksanakan berikutan terpaksa menunggu sehingga perumahan Fasa 2 siap sepenuhnya.

Berhubung isu air, sampah dan banjir pula, syarikat berkenaan menegaskan ia bukanlah di bawah bidang kuasa mereka.

Bagaimanapun pada awal bulan Februari lalu, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) datang bagi membuat pemeriksaan di kawasan perumahan tersebut. Selain itu, turut memaklumkan bahawa terdapat beberapa perkara yang tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan. Pemaju telah diberi tempoh masa selama 21 hari bagi mengemukakan kaedah penyelesaian, namun gagal memberi sebarang respon sehingga hari ini.

Disangka setakat itu sahaja masalah yang timbul, ternyata wakil daripada TNB mendedahkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada pemaju berkaitan isu lampu lorong seperti yang dimaklumkan. Gara-gara bengang rasa dipermainkan, penduduk nekad untuk berurusan secara terus dengan pihak TNB sekaligus memohon agar menekan pemaju untuk bertanggungjawab.

Bagaimanapun pada 18 Mac 2021, lampu jalan di kawasan perumahan satu tingkat akhirnya dinyalakan.

Turut difahamkan, salah seorang wakil penduduk memutuskan untuk pergi ke Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bagi membeli pelan rumah kerana mendapati kuantiti sinki yang dipasang tidak sama sepertimana yang dilukis dalam pelan. Bagi mencapai kata sepakat, SPAN justeru mengadakan mesyuarat bersama wakil penduduk, pemaju, perunding serta plumber.

Pihak Semboyan Malaysia akan cuba mengketengahkan hal ini dan menggesa pihak berwajib akan

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights