Rugi RM20k, Lelaki ‘Putih Mata’ Ditipu Beli Kereta Terpakai

Krisis pandemik COVID-19 yang melanda dunia nyata menjejaskan taraf ekonomi terutamanya para peniaga di Malaysia. Bukan sahaja berhadapan kerugian, malah pelbagai alternatif yang sanggup dilakukan demi meneruskan kelangsungan hidup.

Tidak ketinggalan baru-baru ini, Semboyan Malaysia ada menerima aduan berhubung satu kes penipuan pembelian kereta terpakai jenis Mitsubishi Evolution 9 yang berharga RM15,230. Bukan sahaja berputih mata apabila hajat untuk membeli kereta berkenaan tidak kesampaian, malah pangadu terpaksa menanggung kerugian hampir RM20,000 selepas ditipu.

Difahamkan, segalanya bermula selepas pengadu tertarik dengan satu iklan menjual kereta terpakai dari luar negara menerusi laman Facebook sebelum bercadang untuk membeli bagi tujuan menjual alat ganti dan aksesori kereta.

Gambar Sekadar Hiasan

Individu terbabit kemudian meminta untuk melakukan transaksi wang berjumlah RM2,200 ke akaunnya atas urusan geran. Tanpa mengesyaki apa-apa, pengadu bersetuju dan telah membuat transaksi pemindahan wang ke akaun lelaki berkenaan.

Namun keesokan paginya, lelaki berkenaan sekali lagi meminta wang berjumlah RM3,478 bagi tujuan membayar cukai jalan pula. Mahu tak mahu pengadu terpaksa melakukan transaksi kerana diugut tidak akan dipulangkan semula wangnya jika enggan meneruskan pembelian kereta tersebut.

Tidak lama selepas itu, penjual berkenaan sekali lagi meminta untuk membuat transaksi secara segera berikutan kereta tersebut ‘sangkut’ di Kastam dan memerlukan kira-kira RM6,000 bagi tujuan pelepasan duti import dan berjanji akan dihantar terus ke rumah. Meskipun merasa curiga, pengadu tetap akur namun mulai ‘panas hati’ apabila lelaki terbabit tidak henti-henti meminta wang berjumlah RM8,500 atas alasan kredit kad pula.

Gambar Sekadar Hiasan

Lebih malang lagi, individu berkenaan enggan memberi kerjasama untuk memulangkan kesemua wang yang telah pengadu bayar iaitu kira-kira RM20,000 dan ternyata ia sudah lebih daripada jumlah sepatutnya dibayar.

Dalam situasi ekonomi yang semakin teruk, ramai penyangak cuba mengambil kesempatan demi mengaut keuntungan ‘atas angin’. Justeru, buka mata dan jangan mudah terpedaya dengan para penjual yang mengiklankan apa sahaja barangan dan produk terutama yang menawarkan ‘harga istimewa’.’.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights