Tidak dinafikan, disebabkan pendapatan yang tidak seberapa tinggi ramai pasangan suami isteri mengambil keputusan untuk membuat pinjaman bersama atau ‘joint loan‘. Jadi apa masalahnya?

Ya, ia sememangnya tidak salah demi merealisasikan impian bersama untuk memiliki rumah idaman. Namun, hati-hati dan berfikir panjanglah terlebih dahulu.

“Kami suami isteri beli rumah RM400,000, masing-masing bayar loan untuk RM200,000. Suami saya baru je meninggal, saya ingat rumah kami jadi free tapi rupa-rupanya saya tetap kena bayar macam biasa,” luah si isteri.

Dalam situasi di atas, si isteri fikir rumah tersebut automatik menjadi PERCUMA jika pasangan meninggal dunia ternyata tidak selain terpaksa menanggung bebanan hutang sendiri.

Apa yang perlu difahami adalah apabila beli rumah secara pinjaman bersama dan atas dua nama ia bermaksud loan tersebut dibahagi kepada dua. Selain itu, insuran dan takaful pinjaman rumah juga dibahagi kepada dua iaitu:

Loan: 1 suami bayar, 1 isteri bayar

MRTT: 1 cover suami, 1 cover isteri

Di sini penulis sertakan pencerahan berhubung dua produk insurans yang sering digunakan dalam urusan pembelian rumah iaitu Mortage Reducing Term Takaful (MRTT) dan Mortage Level Term Takaful (MLTT). Apa yang perlu diketahui, setiap satu produk ini ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

  • Harga

Dari segi harga, MRTT jauh lebih rendah berbanding MLTT. Cuma, MRTT perlu dibayar sekaligus, manakala MLTT pula boleh dibayar secara ansuran.

Payment of contributions (pembayaran caruman sumbangan) untuk MRTT 100% dibayar untuk perlindungan. Justeru, ini menjadi sebab kenapa MRTT lebih murah berbanding MRTT. Bagi MLTT pula, ada sedikit aliran tunai.

  • Pelindungan baki hutang

Ini antara faktor penting yang setiap pasangan ambil tahu agar tidak timbul salah faham di lain hari.

a) MRTT beri perlindungan kepada baki hutang dan ia akan berkurangan dari tahun ke tahun. Apabila berlaku tuntutan dalam kes kematian atau lumpuh (Permanent Disability), polisi MRTT akan membayar baki hutang kepada pihak bank. Inilah situasi yang berlaku terhadap si isteri terbabit.

Justeru sekiranya suami isteri buat joint loan rumah dan ditakdirkan pasangan kita pergi dahulu dari kita, TOLONG bayar installment rumah macam biasa. Jika gagal, rumah tersebut akan dilelong oleh pihak bank.

Gambar Sekadar Hiasan

b) Manakala MLTT pula, memberi pelindungan kepada keseluruhan jumlah hutang yang awal, dan ia setara dari awal posisi hingga tamat polisi.

Dalam konteks ini, polisi MLTT akan membayar keseluruhan pampasan kepada penama. Ia akan jadi tanggungjawab penama untuk selesaikan hutang si mati kepada pihak bank. Atau lebih mudah difahami lagi, apabila pasangan meninggal dunia, syarikat Takaful akan bayar RM400,000 terus kepada pasangan yang masih hidup dan pasangan tersebut boleh buat pembayaran penuh dengan pihak bank.

Oleh yang demikian, sebelum ambil sesuatu keputusan itu seeloknya kaji dahulu tentang apa matlamat yang ingin dicapai. Maka dari situ, anda boleh buat keputusan yang betul.

Bila mana matlamat cukup jelas, baru anda berani nak bertindak dengan yakin. InsyaAllah

Sumber : Twitter LuthfiMY