Biar Betul? Udang, Sotong Dan Ketam Haram Dimakan?

Bagi penggemar makanan laut, apa-apa masakan yang berasaskan udang, sotong dan ketam pastinya sukar untuk dilepaskan. Namun, ramai yang tak senang duduk apabila timbul kenyataan bahawa haram hukumnya memakan makanan laut.

Tenang! Sebenarnya ada bebarapa hal yang perlu dijelaskan agar tidak timbul salah faham.

Ini kerana, dalam konteks Islam sendiri terdapat perbezaan pandangan ulama berkenaan hukum memakan makanan laut.

  • Mazhab Hanafi

Mazhab Hanafi melarang keras pengikutnya memakan makanan laut seperti udang, kerang dan lain-lain kecuali ikan. Malahan haram hukumnya memakan sotong kerana ia bukan tergolong daripada jenis ikan.

– Dikiaskan habitat sotong sama seperti habitat tikus. Ini kerana, habitat sotong memakan segala jenis makanan sama ada yang baik atau kotor di dalam laut. Oleh itu, apabila tikus darat diharamkan maka tikus laut (sotong) juga diharamkan.

– Selain itu, sotong juga mempunyai dakwat hitam yang kotor dan memakan benda kotor adalah haram.

Mazhab ini banyak diamalkan di Mesir, Turki, Tajikistan, Iraq, sebahagian Afrika Barat dan negara-negara lain.

  • Mazhab Syafie

Sementara itu, berbeza pula dengan hukum menurut pandangan mazhab Al-Imam Syafie Rahimuahllah, setiap haiwan yang hidup di dalam air halal dimakan walaupun berbeza dari segi jenis dan rupa bentuk.

Sebagaimana firman Allah SWT:

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ

Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut (air), dan makanannya“. [Surah Al-Maidah, Ayat 96]

Bagaimanapun, kehidupan dua alam iaitu binatang yang hidup di air dan darat seperti buaya, katak, penyu dan ular adalah haram.

Kesimpulannya, tiada masalah jika kita pengangan mazhab Syafie mahu memakan makanan laut. Akan tetapi, jika kita berada dalam komuniti pegangan mazhab Hanafi janganlah pula cari atau mengajak mereka untuk sama-sama menikmati hidangan tersebut.

Sumber : Facebook Seri Cendekiawan

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights