Balasan Allah Di Dunia: Tiada Hukum ‘Karma’ Dalam Islam!

Pernahkah anda dengar ungkapan, ‘what goes around comes around?‘ Atau lebih tepat lagi dipanggil sebagai ‘karma’.

Hukum karma, didefinisikan sebagai pembalasan atas perbuatan yang dilakukan oleh seseorang individu itu. Jika ianya perbuatan baik, maka baiklah balasannya dan jika sebaliknya maka buruklah pembalasan yang akan diterima.

Dari segi bahasanya, hukum karma ini bunyinya seakan-akan selari dengan ajaran Islam. Tetapi, jika diselami dengan lebih mendalam, ia sangat berbeza dengan ajaran agama Islam.

Apa yang menyedihkan lagi apabila masih ramai dalam kalangan kita (Muslim) tidak mengetahui akan konsep dan fahaman sebenar kepercayaan ini.

  • The Law of Karma: Kepercayaan Agama Hindu

Menurut kepercayaan agama Hindu, Hukum Karma atau the Law of Karma bermaksud ‘perbuatan’. Karma yang baik diberi pahala manakala yang buruk pula mendapat dosa dan akan menjelma dalam bentuk binatang.

Penganut agama Hindu sendiri, mereka perlu melakukan perbuatan yang baik agar terlepas daripada kelahiran semula yakni lahir semula ke dunia dalam bentuk binatang.

Difahamkan, selagi seorang penganut agama Hindu itu gagal mencapai karma yang baik, selagi itu dia akan alami kelahiran semula selepas memasuki neraka buat sementara waktu.

Ilustrasi Kelahiran Semula
  • Karma: Kepercayaan Agama Buddha

Sementara dari sudut pandangan fahaman Buddha pula, ‘ketidaksamaan kelahiran’ adalah bukan sahaja disebabkan keturunan, alam sekitar atau alam semula jadi tetapi disebabkan Karma. Atau lebih tepat lagi, ia berpunca daripada tindakan masa lampau seseorang individu itu sendiri.

Setiap individu bertanggungjawab untuk kebahagiaan dan kesengsaraan diri mereka sendiri.

Hakikatnya, kedua-dua kepercayaan tersebut sangat berbeza dengan ajaran Islam.

  • Kifarah Dalam Islam

Sementara dalam konteks Islam, kifarah bermaksud balasan Allah SWT di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seseorang hamba-Nya, juga ujian-ujian Allah yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit.

Selain itu, tiada istilah kelahiran semula ke dunia seperti kepercayaan agama Hindu kerana manusia yang diciptakan Allah hanya hidup sekali sahaja di dunia ini dan hanya dibangkitkan semula di akhirat bagi menghitung dan membalas amal perbuatan mereka semasa hayat samada ke syurga atau neraka.

Gambar Sekadar Hiasan

Justeru perlu ditegaskan di sini, jika seseorang muslim itu mempercayai hukum karma menurut padangan dan fahaman agama Hindu (kelahiran semula ke dunia) boleh menyebabkan mereka terkeluar dari agama Islam.

Sumber : Facebook Nurkilan Ilmu

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights