Sejak akhir-akhir ini, kecoh dengan isu kewujudan penempatan Freemason di Malaysia. Ramai persoalkan tentang bagaimana pertubuhan rahsia yang sangat kuat dan berpengaruh ini boleh ada di Malaysia. Dan siapakah ‘si fulan’ yang mendukungnya?

Menyorot kronologi, gerakan Freemason telah diiktiraf di bawah Akta Pertubuhan 1966. Bahkan pada 20 April 1977, Pendaftaran Pertubuhan Malaysia membenarkan penempatan Freemason di negara ini kerana dikatakan tidak menyalahi undang-undang. Malahan kegiatannya juga dianggap tidak mengganggu keamanan dan ketenteraman rakyat.

Kredit Foto: Media Mulia

Hakikatnya, gerakan ini membawa masyarakat ke arah kebebasan dan kehidupan anti-tuhan. Justeru pada 25 Oktober 1978, isu ini telah dipertikaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengenai keizinan kerajaan membenarkan penempatan Freemason di Malaysia.

Tun Hussein Onn bagaimanapun menjelaskan, kerajaan Malaysia tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan tersebut walaupun mengakui ia bercanggah dengan akidah Islam. Apa yang mengejutkan, gerakan ini kini disertai dalam kalangan umat Islam yang berpengaruh dan golongan ‘elit’.

Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Logi Besar Daerah Tengah Timur (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME) dan secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Bahkan di Malaysia sendiri terdapat kira-kira 12 logi Freemason, antaranya:

  • 3 logi di Kuala Lumpur
  • 2 logi di Kuching
  • 1 logi di Pulau Pinang
  • 1 logi di Kuantan
  • 1 logi di Ipoh
  • 1 logi di Port Dickson
  • 1 logi di Port Klang
  • 1 logi di Taiping
  • 1 logi di Kota Kinabalu

Jadi berbalik pada point utama, mengapa baru sekarang kita mahu gelabah? Kenapa tidak sejak dahulu lagi?

Sumber : Utusan