Pencemaran Warisan Dalam Pemakaian Tanjak Di Malaysia

Sejak akhir-akhir ini, fenomena pemakaian tanjak dilihat semakin mendapat tempat di hati genarasi muda sehingga menjadi trend. Buktinya, setiap kali raya menjelang pasti ada dalam kalangan sahabat-sahabat kita yang lengkap berbaju Melayu serta bersampin segak menggayakan tanjak di kepala.

Bahkan, ketika menghadiri majlis-majlis tertentu juga ramai yang sudah tidak janggal untuk memakainya di khalayak ramai.

Sebaliknya pada zaman dahulu, pemakaian tanjak ini hanya digayakan oleh golongan pahlawan dan hulubalang dalam acara adat istiadat bangsa Melayu.

Terdapat beberapa fakta menarik tentang tanjak yang ramai tidak tahu. Antaranya:

  • Tanjak bermaksud tanah yang dipijak atau hiasan kepala menggunakan bahan daripada kain dan wajib mempunyai bahagian simpul, tapak serta bengkung dalam proses penghasilannya.
  • Rekaan tanjak biasanya berkait rapat dengan status si pemakai.
  • Rakyat biasa akan mengenakan tanjak berbentuk simpulan dan diubahsuai dari rekaan asal yang dipakai oleh raja.
  • Kebanyakan tanjak dibuat daripada kain songket.
  • Untuk membuatnya, memerlukan selembar kain songket bersaiz 31×31 dan dilipat dua kepada tiga bentuk tiga segi bersama kertas keras, sebelum digosok dan dijahit.
  • Bentuk kain nya wajib empat segi yang dilipat menjadi tiga segi sebagai simbol gunung.

Namun begitu, apa yang dikatakan dengan pencemaran pemakaian tanjak di Malaysia?

Bukankah tanjak merupakan budaya warisan kebanggaan masyarakat Melayu? Apatah lagi, ia pernah dianggap sebagai lambang maruah bagi orang Melayu itu sendiri.

Pakai tanjak tidak salah, tetapi ada perkara yang perlu kita tahu tentang fenomena tanjak ini sehingga membuatkan ia menjadi salah.

  • Tanjak warisan orang Melayu

Bila dikatakan WARISAN, bermaksud kita mewarisi secara turun temurun dan ia perlu dijaga bagi memastikan bentuk aslinya tidak berubah. Namun apa yang jadi sekarang ini, betapa ramainya masyarakat di luar tidak sedar bahawa tanjak yang dipakai itu sebenarnya bukanlah Tanjak Warisan. Bagi mereka, apabila digayakan di kepala maka jadilah orang Melayu hebat! Ternyata ia sama sekali salah.

tanjak warisan

Kewujudan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab selamba ‘mencemarkan’ nama Tanjak Warisan Melayu nyata menggusarkan. Mereka mengarang tanpa berguru, meniru bentuk tanjak dengan hanya berpandukan gambar semata-mata. Bahkan, ada pula menggubah Tanjak Warisan mengikut cita rasa sendiri sehingga hilang keasliannya.

Sekadar cukup untuk tampak cantik dan puas di mata. Malah mereka juga tanpa segan silu menjualnya dengan harga yang murah demi mengaut keuntungan. Walhal, sebenarnya tanjak itu tidak layak pun dinamakan sebagai tanjak tradisional.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights