Dunia kini sedang digemparkan dengan berita perperangan antara Israel-Palestin yang semakin dahsyat. Namun pada peperangan ini, ia dianggap paling kontroversi selepas kali terakhir berlaku pada tahun 2014 lalu.

Satu gencatan senjata telah dipersetujui antara rejim Zionis dan Hamas pada 26 Ogos 2014, namun selepas perang tersebut berakhir ada sahaja insiden yang melibatkan pembunuhan dan penindasan penduduk Palestin yang dilakukan oleh rejim Zionis di Gaza.

Walaupun begitu, timbul persoalan yang bermain difikiran, adakah perkataan ‘laknatullah’ yang membawa maksud ‘dikutuk Allah’ boleh dituju kepada Israel? Dan haramkah jika kita menghina Israel?

Tampil menjawab persoalan tersebut, seorang pendakwah bebas Ustaz Adnin Roslan menjelaskan bahawa haram jika seseorang Muslim itu memaki Israel. Hal ini disebabkan, Israel merupakan gelaran kepada Nabi Ya’akub A.S.

Israel ataupun israil yang sering menjadi kutukan dan cacian itu sebenarnya membawa maksud ‘Hamba Allah’ didalam bahasa Hebrew dan mempunyi maksud yang sama dengan ‘Abdullah’ yang diambil dalam bahasa Arab.

https://twitter.com/adninroslan/status/1393179643780362241

Maknanya, apabila kita sering melaungkan ‘Israel Laknatullah’ dan ‘Israel Jahanam’ ia seperti mengatakan ‘Hamba Allah yang dilaknat Allah’. Sedangkan mereka ini bukanlah hamba hamba Allah dan mereka juga telah kufur dari jalan Allah SWT. Nauzubillah mind’zalik

Jadi bolehkah kita gunakan ‘Yahudi Laknatullah’?

Kita tahu, bukan semua bangsa Yahudi jahat dan kejam. Malah tidak semua mereka menyokong serta bersetuju dengan tindakan ekstrimis yang dilakukan oleh tentera zionis terhadap umat Islam di Palestin.

Ada juga dari kalangan pendeta Yahudi yang mengutuk dan mengecam tindakan dari tindakan kejam Zionis ini. Harus di ingatkan bahawa, tiada satu agama pun yang mengajar penganutnya untuk berkelakuan kejam dan melakukan perkara yang tidak baik.

Maka, demi mengelakkan berlaku perselisihan faham adalah lebih baik kita gunakan sahaja kalimah ‘Zionis’.

JADI, JAHANAM ZIONIS LAKNATULLAH!