Sedar tak sedar konflik antara Israel dan Palestin antara yang paling kontroversial dalam sejarah dunia. Baitulmaqdis, kota suci bagi tiga agama iaitu Islam, Judaisme dan Kristian menjadi rebutan di antara kedua-dua negara Palestin-Israel sekaligus mencetuskan konflik berpanjangan yang berdekad lamanya.

Sewaktu zaman Empayar Uthmaniyah, Palestin dahulunya sebuah kawasan majoriti berpenduduk Muslim. Bagaimanapun setelah kejatuhan Empayar Muslim, wilayah Palestin ditadbir pula oleh pihak British yang menyokong sepenuhnya penubuhan negara Israel dalam wilayah berkenaan. Semenjak itu, pemindahan penduduk Yahudi ke Palestin semakin menambah dari tahun ke tahun.

Berikut adalah beberapa fakta tentang konflik Israel-Palestin:

  1. Perebutan tanah

Konflik kedua-dua negara ini bukan tercetus disebabkan agama atau politik seperti yang dijaja oleh media global, sebaliknya berpunca daripada tindakan kejam rejim zionis menindas hak asasi serta merampas tanah milik penduduk Palestin secara haram. Momokan itu disebarkan bagi mengaburi alasan sebenar konflik di wilayah berkenaan.

Mengejutkan lagi, bukan sahaja Israel tetapi banyak negara lain turut berebut-rebut untuk menduduki Palestin atas faktor tanah yang subur serta kedudukannya yang strategik. Malah sudah lebih 30 kali tanah Palestin bertukar tangan!

2. Palestin tempat lahirnya agama Judaisme (Yahudi) dan Kristian

Tempat berdirinya Masjidil Aqsa sekarang ini didakwa sebagai tempat terbinanya Kuil Haiqal Nabi Sulaiman, sebuah kuil ‘tersuci’ dalam sejarah Yahudi suatu ketika dahulu, sebelum dihancurkan oleh serangan Nebuchadnezzae II pada tahun 587 sebelum Masihi.

Walaupun tiada bukti kukuh menyokong dakwaan tersebut, ia bagaimanapun dijadikan alasan oleh kaum Yahudi untuk menakluk Tanah Palestin (kononnya mereka lebih layak).

Selain itu, Palestin juga merupakan tempat suci buat penganut Kristian. Dipercayai Nabi Isa AS sempat menikmati ‘Makan Malam Terakhir’ sebelum disalib di Baitulmaqdis.

3. Isra’ Mikraj angkat kedudukan Baitulmaqdis

Baitulmaqdis yang terletak di Palestin diabadikan dalam kisah Isqa’wal Mikraj apabila Nabi Muhammad SAW diisra’kan ke Masjidil Aqsa dari Mekah. Malahan kesempatan baginda singgah di Masjidil Aqsa menguatkan lagi status Baitulmaqdis sebagai tanah pernah dijejaki nabi dan rasul sekaligus penuh dengan keberkatan.

Bukan itu sahaja, sebelum umat Islam solat menghadap Kaabah, mereka terlebih dahulu menjadikan Masjidil Aqsa sebagai kiblat pertama setelah baginda menerima perintah mendirikan solat dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

Apa yang boleh disimpulkan, mungkin sudah tiba masanya masyarakat Arab Palestin mengambil jalan tengah secara diplomasi. Tetapi bukanlah bermaksud menerima kekalahan apalagi mengiktirafkan kewujudan Israel.

Selama ini, perpecahan dunia Arab dan kelemahan Palestinlah sebenarnya yang memberikan ruangan untuk Israel bertindakan kejam, menidas dan terus pamerkan taringnya.

Hakikatnya, apalah sangat kekuatan yang ada pada Palestin dalam mengimbangi pengaruh besar Israel yang didalangi Amerika Syarikat? Melainkan negara-negara Islam bangkit bersatu hati menentang Israel!

Jangan sampai satu hari nanti negara Palestin sekadar tinggal coretan sejarah Asia Barat semata-mata!