Bengang Berak Merata, Anak Kurung Ibu Dalam Sangkar Sampai Bongkok

Pengorbanan seorang ibu sememangnya tiada galang gantinya. Hal ini kerana, mereka sanggup bersusah payah dan bersengkang mata mencari sumber rezeki demi memberikan kehidupan yang terbaik buat anak-anak. Namun sebaliknya pula dengan kisah meruntun jiwa ramai yang didedahkan menerusi laman Facebook Rumah Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas, baru-baru ini.

Mula beroperasi sejak 20 tahun lalu, pusat rawatan berkenaan kini dihuni lebih daripada 1,000 warga emas. Siapa sangka, rupanya terlalu banyak kisah ‘hitam’ yang terpaksa ditelan oleh kebanyakan golongan tua di sini termasuklah seorang wanita yang didakwa kononnya pembawa ‘malang’ dalam keluarga sehingga akhirnya ditinggalkan anak-anak di rumah berkenaan.

Dalam pada itu, antara yang paling menyentuh hati adalah kisah mengenai seorang ibu yang dikurung oleh anaknya di dalam sangkar sehingga membongkok. Difahamkan, tindakan tersebut dilakukan berikutan si anak merasa bengang apabila warnita uzur berkenaan kerap membuang air besar di merata tempat.

Tidak kurang juga dengan perilaku biadab anak-anak ini yang tergamak ‘membuang’ ibu sendiri disebabakan malu kerana si ibu dahulunya seorang perempuan ‘kabaret’. Bagaimanapun di hujung usianya, wajah warga emas berkenaan dilihat bercahaya selain diselimuti dengan bau yang harum.

Gambar Sekadar Hiasan

Prihatin dengan isu ini, pihak Rumah Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas tampil memberi pesanan khas buat anak-anak di luar supaya terus menabur bakti kepada kedua orang tua dan sentiasalah memohon keampunan daripada mereka.

Sejujurnya kami dari pihak Semboyan Malaysia turut terkilan dengan hakikat ‘pahit’ yang terpaksa ditelan oleh kebanyakan warga emas di pusat rawatan berkenaan. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana terlukanya hati seorang ibu apabila diperlakukan sebegitu rupa oleh anak yang dahulunya ditatang dengan penuh kasih dan sayang.

Kredit Foto : Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas

Sumber : Facebook Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights