Pekerja Diancam & Jadi Mangsa Penindasan.. Majikan Tidak Berhak Potong Gaji!

Budaya kerja di Malaysia kini semakin membimbangkan, belum lagi menyentuh hal-hal penindasan daripada majikan. Jangan buli pekerja. Masa untung pekerja tak dapat merasa, tetapi bila rugi dibuang dan ditahan gaji pula.

Menyedihkan, betapa ramainya pekerja di luar yang masih tidak faham tentang hak sehingga mereka mengalami penindasan teruk oleh majikan sendiri. Sebagai contoh, mungkin ramai menganggap kerja sehingga 11 hingga 12 jam sehari itu perkara biasa, tetapi sedarlah ia sebenarnya telah melebihi waktu maksimum yang ditetapkan melalui Undang-undang Buruh di bawah Akta Kerja 1955.

Walaupun ada syarikat yang tidak menghalang stafnya untuk pulang tepat pada waktu tamat bekerja, namun ada pula sesetengah pihak bertindak mengancam mahu memotong gaji. Secara ttidak langsung, senario ini dilihat seolah-olah satu ‘dosa’ sekiranya seseorang pekerja itu pulang ‘on-time’!

Gambar Sekadar Hiasan

Ingatlah, bahawa tidak ada satu pun majikan yang berhak untuk potong gaji sewenang-wenangnya jika stafnya datang lewat, tidak ‘stay-back’ atau lain-lain.  Dan jika pekerja mempunyai masalah dispilin sekalipun, majikan seharusnya mengambil tindakan lain. Dalam pada itu, pemotongan gaji disebabkan ‘advance’ atau loan juga tidak boleh melebihi 50%.

Bolehkah majikan memaksa cuti tanpa gaji? Tak boleh! Majikan tidak boleh menolak cuti tahunan, cuti kecemasan atau berpatah balik ke tarikh lepas dengan meminta pekerja menandatangani surat kononnya telah bersetuju cuti pada tarikh ‘sekian’.

Gambar Sekadar Hiasan

Sedar atau tidak, inilah dilema yang terpaksa dihadapi oleh kebanyakan pekerja sekaligus membawa kepada penindasan majikan.

Justeru, jika anda terperangkap dalam sebarang masalah, menjadi mangsa kepada penindasan atau kezaliman, hubungi Semboyan Malaysia. Kami sedia membantu untuk penyelesaian efektif masalah anda! InsyaAllah..

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights