Peringatan, Perkongsian & Realiti: Silap Labur, Duit Lebur!

Jenayah scammer bukan lagi satu perkara yang pelik masa kini. Jika dilihat, ‘lanun-lanun’ ini akan cuba pelbagai taktik ‘kotor’ untuk mendapatkan duit termasuklah dengan cara penipuan halus. Lebih ralat lagi, ia hanya disedari si mangsa setelah selesai membuat transaksi pembayaran.

Kami daripada pihak Semboyan Malaysia sendiri acap kali menerima aduan berhubung isu ini. Disebabkan ia kerap kali berulang sehingga melibatkan kerugian jutaan ringgit, kami ingin berkongsi beberapa langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan anda dari menjadi MANGSA SETERUSNYA…

awas scammer
  1. Elakkan aktiviti perniagaan tukar beli matawang dalam talian

Jika anda benar-benar serius ingin melabur, persiapkan diri dengan ilmu yang berkaitan bagai mengelakkan kerugian atau berputih mata.

2. Muat turun aplikasi Scam Filler

Ia sebagai tindakan awal atau ‘first line of defence‘ bagi mengelakkan anda berkomunikasi dengan scammer. Aplikasi ini juga akan beri amaran jika pemanggil adalah scammer. Anda dinasihatkan supaya tidak menjawab panggilan dari nombor dari luar negara yang tidak dikenali.

3. Lindungi maklumat peribadi

Elak dari berkongsi maklumat peribadi seperti nombor MyKad, kad kredit dan debit atau nombor kod pengesahan transaksi (TAC) kepada sesiapa sahaja. Jangan dedahkan nombor telefon peribadi anda untuk mendapatkan hadiah percuma atau baucar promosi.

4. Jangan Klik! Sebarang pautan atau link daripada sumber meragukan

Jika terima e-mel atau pesanan mesej daripada pihak lain yang mendakwa dari bank dan meminta untuk menukar kata laluan perbankan secara atas talian sila abaikan.

5. Berhati-hati apabila mendaftar pertandingan dan cabutan bertuah

Pastikan anda membaca terma & syarat pertandingan dengan teliti untuk pastikan penganjur tidak berkongsi data pribadi anda kepada pihak lain.

Ingat, zaman sekarang ini telefon bimbit anda sudah tidak selamat lagi. Jangan terlalu terbuka untuk berkongsi terutama di media sosial.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights