Bagai Tiada Penghujung, Rejim Zionis Israel Terus Bertindak Biadap!

Apakah masih ada ‘cahaya keamanan’ buat saudara di bumi Palestin yang saban hari rakyatnya terus dibedil kejam oleh rejim zionis Israel tanpa batas perikemanusiaan?

Baru-baru ini, berita tentang serangan berdarah yang dilancarkan rejim ‘laknatullah’ pada malam 26 Ramadan ke atas umat Islam Palestin sekali lagi membangkitkan kemarahan ramai.

Jumaat lalu, Masjid Al-Aqsa bertukar menjadi medan pertempuran apabila rejim zionis menyerbu masuk ke dalam masjid dan melepaskan gas pemedin mata serta peluru getah sewaktu jemaah Palestin sedang menunaikan solat. Tindakan kejam itu sekaligus menyebabkan lebih ratusan penduduk termasuk kanak-kanak cedera parah.

Umum tahu, terlalu banyak penderitaan dan kesengsaraan hidup yang terpaksa ditelan oleh penduduk Palestin. Malah di bawah cengkaman zionis, hak mereka turut dicabuli.

Jika dilihat menerusi beberapa posting tukar di media sosial, tular gambar-gambar serta video memaparkan kaum bagaimana wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan dan keganasan rejim zionis ini.

Tidak terhenti di situ, rejim Israel melancarkan pula serangan udara ke atas Gaza sekitar malam tadi sehingga mengorbankan nyawa sekurang-kurangnya 20 orang awam termasuk sembilan kanak-kanak, manakala lebih 65 lagi cedera.

Difahamkan, ia susulan tindakan balas terhadap roket yang dilancarkan Hamas dan militan Palestin sebagai peringatan kepada rejim Israel untuk menarik semua tenteranya dari perkarangan Masjid Al-Aqsa dan daerah Sheikh Jarrah.

Ibarat cubit paha kiri, paha kanan terasa pedih, kami dari pihak Semboyan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya dan kesal dengan tindakan biadap ini. Dengan rasa rendah diri, kami berharap agar malapetaka ini segera dapat dihentikan bagi membolehkan masyarakat Palestin dapat hidup dengan lebih aman damai.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights