[VIDEO] Bengang Bacaan Doa Kuat, Lelaki Selamba Lempang Imam

Tak dinafikan, sikap mudah naik angin itu bagaikan susah untuk ditahan oleh segelintir pihak. Tanpa mengira tempat dan masa, perasaan amarah itu akan dilempiaskan walaupun puncanya cumalah perihal remeh sahaja.

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang imam telah dikasari oleh seorang lelaki. Insiden dipercayai berlaku di Masjid Baitul Arsy, Indonesia, menyaksikan individu berbaju hitam terbabit selamba berjalan melepasi para jemaah yang sedang khusyuk solat ke saf hadapan.

lempang imam

Namun, individu itu secara tiba-tiba berdiri di hadapan dan bertindak melempang muka imam berkenaan. Berang dengan insiden itu, para jemaah bergegas meleraikan situasi tegang sekaligus beri ‘pengajaran’ kepada lelaki berkenaan.

Menyorot kronologi, kejadian berlaku ketika imam serta para jemaah sedang menunaikan solat Subuh sebelum didatangi lelaki terbabit pada rakaat kedua. Tindakan itu dilakukan berikutan tidak tahan dengan bunyi bising bacaan al-Quran oleh imam berkenaan.

Biarpun isu melibatkan bacaan al-Quran dan zikir yang dipasang kuat oleh ahli jawatankuasa masjid atau surau kerap kali diibangkitkan, namun masih ada sebilangan masyarakat yang kurang peka. Meskipun ia merupakan satu dakwah dan ibadah, akan tetapi, janganlah sampai mengganggu ketenteraman awam.

Apa yang boleh diambil ikhtibar, sebagai hamba kita seharusnya bertindak rasional dan belajarlah mengawal amarah serta tunduk pada sifat sabar. Ini kerana, Nabi Muhammad SAW banyak kali mengingati umat baginda mengenai kejinya nafsu marah yang tidak terkawal kerana ia antara pintu digunakan syaitan dan iblis dalam menguasai manusia.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top
    Verified by MonsterInsights