Sejak kelmarin pihak Semboyan Malaysia telah menerima berita dan aduan bahawa baju Tshirt Semboyan ‘Jihad’ yang dikeluarkan oleh pihak Semboyan Malaysia sendiri telah dicetak rompak.

Perkara ini disedari oleh pihak Semboyan Malaysia selepas ramai yang mengadu bahawa baju yang mereka telah beli tidak mencapai kualiti yang memuaskan. Sudahlah dicetak rompak, harga yang ditawarkan turut sangat tidak munasabah iaitu pada harga RM5 dan RM10 sahaja.

Pihak Semboyan Malaysia segera melakukan siasatan secara teliti dan turut menyamar menjadi pelanggan yang ingin membeli baju tiruan tersebut sebanyak 600 helai. Penipu tersebut bercadang untuk berjumpa yang dikatakan miliknya bagi menjalankan urus niaga terbabit. Namun, kedai cetak baju yang sebenarnya dimiliki oleh warga Melayu itu hanyalah ‘kambing hitam’ modus operandi si penipu bagi menyakinkan kami.

Apa yang membuatkan Yusuf Azmi dan Abang Ali betul betul marah adalah kerana di awal pertemuan itu, suspek yang juga seorang warganegara Bangladesh, sudah menipu dengan mengatakan dia bukanlah penjual baju tiruan berkenaan. Namun apabila kami telefon nombor penjual baju tiruan tersebut, telefon dia yang berdering.

Selepas ditekan berkali-kali untuk cerita hal sebenar, kesabaran Yusuf Azmi dan lain-lain tercabar selepas dia sendiri mengaku bahawa dia menjual barangan ‘reject‘ produk Semboyan Malaysia. Warga Bangladesh tersebut disyaki membuat kerja ‘belakang tabir’ dan mengkhianati pemilik syarikat pencetakan baju yang telah diberi kepercayaan untuk mengeluarkan produk Semboyan Malaysia sendiri.

Mungkin perkara ini dilihat kasar disudut mata orang lain, namun Yusuf Azmi sendiri bertindak sedemikian kerana beliau tidak mahu orang ketiga yang merosakkan nama beliau dan Semboyan sendiri.

Anda cuba bayangkan kami hanya menempah sebanyak 600 helai pada harga RM10 ringgit. Penipu ini boleh mengaut keuntungan secara atas angin sebanyak RM6000 dengan hanya menjual T-shirt Semboyan Jihad yang telah di ‘reject‘.

Sudahlah makan untung atas angin, warga Bangladesh itu turut menggunakan satu kedai pencetakan baju yang dimiliki oleh bangsa Melayu sendiri sebagi umpan dan menyakinkan mangsa untuk ditipu.

rejected semboyan jihad tshirt

Yusuf Azmi serta pemilik kedai berkenaan hilang sabar kerana tidak mahu imej Semboyan Malaysia dan perniagaan kedai print milik En Sabri Leman terjejas angkara perbuatan yang boleh dikatakan satu penipuan ini.